Monday, April 18, 2016

 2:03 PM         No comments




Assalamualaikum. Apa khabar?   
                                                                         
Zie doakan agar pembaca sihat dan berada di dalam rahmat Allah selalu. 

Lama betul Zie tak update blog. Zie harap selepas ni Zie dapat konsisten untuk berkongsi sedikit ilmu dengan pembaca sekelian. 


Ni lah 4 orang anak soleh dan solehah Zie dan suami

Pengalaman Menyusu ke Empat-Empat Orang Anak

Syukur alhamdulillah Zie berjaya fully breastfeeding ke empat- empat orang anak.

Walaupun yang sulung Zie sempat menyusu anak selama 6 bulan.

Mengapa hanya 6 bulan? Sebabnya Zie mengandung anak kedua.

Kemudian anak kedua, Zie menyusukannya selama 1 tahun 9 bulan.

Rezeki anak sampai situ je sebab Zie mengandung anak ke tiga.

Alhamdulillah untuk anak ke tiga, Zie dapat menyusunya sehingga 3 tahun.

Masa anak ke tiga ni berumur 1 tahun 2 bulan, Zie mengandung anak ke empat. 

Zie berhenti kejap breast feeding.

Masa tu Zie pasang niat menyusukannya balik bila adiknya lahir nanti.

Allah kabulkan doa Zie.

Apabila anak yang bongsu lahir, Zie berjaya membuat tandem nursing iaitu menyusukan 2 orang anak pada masa yang sama. 

Zie buat tandem nursing sehingga anak ke tiga Zie berumur 3 tahun.

Pada masa ni juga Zie mula kenal dengan set menyusu Shaklee.

Untuk anak bongsu, Zie menyusukannya sehingga sekarang. Pada masa Zie tulis ni, dia dah berumur 1 tahun 6 bulan.

Alhamdulillah, selama 8 tahun Zie terlibat dalam dunia penyusuan ibu. 

Dunia penyusuan ibu sangat indah. 

Kalau para ibu diberi peluang, rebutlah peluang tu.

Besar sangat pahala Allah nak bagi dekat para ibu yang menyusukan anak sehingga 2 tahun sekiranya ikhlas dan sabar. 

Zie doakan agar para ibu berjaya menyusukan anak sehingga 2 tahun.

Sampai sini dulu.

Terima kasih kerana sudi membaca.



1




0 comments:

Entry Terbaru Saya

Google+

Popular Posts

Kepakaran Saya

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee di Kelantan.
(Shaklee 1D : 1141937)

Cash on Delivery (COD) sekitar Kok Lanas, Ketereh dan Kadok.

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei menggunakan Poslaju, GDex atau Citylink.

Dengan setiap pembelian vitamin di suzysyahimi@blogspot.com, anda layak mendapat:

- Jadual Makan Vitamin
- Konsultasi Percuma Berterusan
- Jemputan ke group Facebook exclusive
- Peluang menjana income dengan Shaklee

Hubungi Suzy Erniza Ismail di:
013-9897 720
hannanaufal@yahoo.com