Friday, August 15, 2014

 2:46 AM         No comments





 Faqih sedang menikmati kek coklat.

Assalamualaikum kepada pembaca blog suzysyahimi yang dikasihi sekelian.
Hari ni Zie nak belanja satu resepi kek coklat moist kukus yang sangat sedap dan senang untuk membuatnya.
Nak ke tak nak?

InsyaAllah bolehlah pembaca cuba kerana resepi ni sering Zie gunakan kalau ade tempahan kek coklat..
Lagipun Zie hanya menggunakan blender untuk membuatnya..
Baiklah, kite layan dulu resepi mudah ni.


Resepi Kek Coklat Moist

Bahan- bahan kek
3 biji telur 
80 gm gula pasir
1 cawan susu pekat manis
1 cawan susu cair
1 cawan minyak jagung
*150gm tepung
*70gm serbuk koko
*1 sudu teh soda bikarbonat
*1 sudu teh serbuk penaik
(bahan yang bertanda * diayak bersama)
1 sudu teh esen vanila

Bahan- bahan topping kek
1 cawan susu pekat manis
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak jagung
(resepi topping yang digunakan oleh Anis Coklat Moist)

Cara- cara
1. Telur dengan gula diblender hingga berbuih.

2. Masukkan susu pekat manis. Blend lagi hingga sebati.

3. Masukkan susu cair. Blend sebati.
4. Masukkan minyak. Blend sebati.

5.Masukkan bahan yang diayak sedikit demi sedikit dalam adunan yang diblender tadi.

6. Kaup balikkan adunan.
7. Kukus sehingga masak.

Kukus 45 minit atau sehingga 1 jam

Untuk topping kek

1.  Minyak dipanaskan. Guna api kecil sekali.

2.  Ayak serbuk koko dan masukkan sedikit demi sedikit dalam minyak yang dipanaskan.

3. Masukkan susu pekat manis.

4. Kacau tanpa henti sehingga mendidih

5. Apabila kek sejuk, tuang topping coklat atas kek.

Tadaa..dah siap kek coklat!

Selamat mencuba.





0 comments:

Entry Terbaru Saya

Popular Posts

Kepakaran Saya

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee di Kelantan.
(Shaklee 1D : 1141937)

Cash on Delivery (COD) sekitar Kok Lanas, Ketereh dan Kadok.

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei menggunakan Poslaju, GDex atau Citylink.

Dengan setiap pembelian vitamin di suzysyahimi@blogspot.com, anda layak mendapat:

- Jadual Makan Vitamin
- Konsultasi Percuma Berterusan
- Jemputan ke group Facebook exclusive
- Peluang menjana income dengan Shaklee

Hubungi Suzy Erniza Ismail di:
013-9897 720
hannanaufal@yahoo.com
Tudung kanak-kanak