Friday, January 6, 2017

 8:45 PM         No comments


    Biskut kelapa yang sudah dibakar

 

Assalamulaikum

Semoga pembaca blog suzysyahimi dirahmati Allah selalu. 

Hari ni Zie nak berkongsi resepi biskut kelapa yang mudah.

Resepi ni hanya menggunakan sukatan cawan.

Kebetulan penimbang berat  rumah Zie rosak.

Zie amik resepi ni daripada blog blogrumahtangga.

Terima kasih Zie ucapkan pada tuan tanah ye

Memang sedap biskut ni. Suami dan anak anak pun suka.

Suami Zie kata sedap, rasa kelapa dan lemak berkrim.

 

Misi Habiskan Stok Bahan Biskut Yang Lama

Tahun lepas dan memang kebiasaannya Zie buat sendiri biskut raya. 

 Ye lah, dah pernah pergi kelas membuat biskut kan?

Kalau tak amalkan, rugilah ilmu tu.

Jadi banyak jugak lah stok bahan membuat biskut.

Ada serbuk kacang tanah, minyak sapi, kelapa kering dan lain-lain.

Sebelum ni ada buat biskut kacang mazola sukatan cawan.

Tapi gambar tak sempat nak ambil.

InsyaAllah lain kali Zie kongsi resepi biskut kacang mazola pula.


Tip Buat Biskut

Di sini, Zie nak kongsi sedikit petua buat biskut ni.

Apa yang Zie kongsi ni berdasarkan sedikit pengalaman dan apa yang belajar masa kat kelas biskut dulu. 

 1. Jangan terlebih gaul masa membuat biskut ni. 

Bila adunan dah sebati dengan tepung, berhentilah menggaulnya.

Ini untuk mengelak biskut menjadi terlalu keras.

2. Ikut betul- betul sukatan dan arahan yang diberikan. Bila dah biasa buat biskut bolehlah mengubah suai resepi ikut citarasa masing- masing. Hihi.

3. Tak perlu sapu shortening pada dulang pembakar. Ini kerana adunan biskut sudah berminyak dan tidak melekat pada dulang pembakar.

4. Bahan kering yang akan dimasukkan dalam adunan seperti serbuk kacang, kelapa parut, oat perlu dibakar sebentar.

Ini supaya biskut tahan lebih lama.

5. Simpan dalam bekas kedap udara apabila biskut betul-betul sejuk.

6. Bila adunan terlalu keras, boleh masukkan mentega. 

Bila adunan terlalu lembik, masukkan tepung sedikit demi sedikit.

7. Adunan biskut yang elok ialah adunan yang tak melekat pada bekas adunan dan tapak tangan.

Kalau adunan yang macam ni kebarangkalian untuk biskut rasa sedap adalah tinggi.

 

Resepi Biskut Kelapa Sukatan Cawan

Bahan A

1 cawan mentega 

3/4 cawan gula castor (Zie guna gula ising yang diayak)

1 sudu teh esen vanila 

 

Bahan B 

1 biji telur kuning (Zie guna telur gred B)

 

Bahan C

2 1/2 cawan tepung jagung (ayak dahulu)

1/2 cawan tepung gandum (ayak dahulu)

2 sudu besar tepung kastard (ayak dahulu)

2 cawan kelapa kering dipanggang sebentar

 

Cara membuatnya  

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.

2. Masukkan telur kuning dan kacau sebati.

3. Masukkan esen vanila.

4. Masukkan kelapa kering, tepung jagung, tepung kastard dan tepung gandum.

5. Gaul sebati.

6. Sedia untuk digentel bulat-bulat.

Kalau nak cantik, boleh letak hirisan ceri kecil di atasnya.

Bakar pada suhu 150 celcius selama 15- 20 minit. ( Zie guna suhu 160 celcius selama 20 minit)

* Guna sukatan cawan yang sama untuk menimbang setiap jenis bahan.

  

Anak dara 2 orang ni yang menggentel bulat- bulat biskut kelapa



`                                            Kaup dengan sudu kecik tu, lepas tu gentel


 
Anak teruna pun join sama. Ha..dua dua tak pakai baju.Diorang buat, diorang makan.

 

Selamat mencuba. Kalau ada sebarang kemusykilan boleh hubungi Zie.

Ingin mendapatkan suplemen terbaik untuk keluarga?
Ingin menjana pendapatan 3-4 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Zie


Free Consultation
Affordable Price  And
Bussiness Opportunity With Shaklee!!!

Suzy Erniza Ismail
Shaklee ID (1141937)
hannanaufal@yahoo.com
013 9897720 (call, sms, What'sApp)

 


 





0 comments:

Entry Terbaru Saya

Google+

Popular Posts

Kepakaran Saya

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee di Kelantan.
(Shaklee 1D : 1141937)

Cash on Delivery (COD) sekitar Kok Lanas, Ketereh dan Kadok.

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei menggunakan Poslaju, GDex atau Citylink.

Dengan setiap pembelian vitamin di suzysyahimi@blogspot.com, anda layak mendapat:

- Jadual Makan Vitamin
- Konsultasi Percuma Berterusan
- Jemputan ke group Facebook exclusive
- Peluang menjana income dengan Shaklee

Hubungi Suzy Erniza Ismail di:
013-9897 720
hannanaufal@yahoo.com