Saturday, December 10, 2016

 2:02 AM         No comments
Assalamualaikum.

Tahniah kerana ibu bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Hari ni Zie nak berkongsi  7 Tip Diet Ibu Hamil Yang Sihat.



1. Ubah Cara Pemakanan kepada Diet Ibu Hamil

Mommies  sekarang sudah  hamil  jadi cara makan mommies mesti ikut diet pemakanan ibu hamil.

5  jenis  nutrien yang mommies perlu makan LEBIH BANYAK semasa hamil ialah 

1. Asid folik
2. Zat besi
3. Kalsium
4. Protein
5. Vitamin C

1. Asid folik
 
Asid folik sangat diperlukan 3 bulan pertama kehamilan.

Asid folik diperlukan sebanyak 400 mcg sebelum kehamilan dan 600 - 800 mcg semasa hamil.

Maksudnya kalau ibu bercadang nak hamil, ibu perlu cukupkan nutrisi asid folik dalam diet seharian.

Fungsinya ialah mencegah kecacatan tulang belakang bayi (Neural Tube Defect).

Selain itu ia diperlukan dalam pembentukan darah. 

Gambar menunjukkan sumber asid folik dalam makanan

2. Zat Besi

Wanita biasa memerlukan 15 mg zat besi, berbanding wanita hamil memerlukan zat besi sebanyak 27 mg sehari.

Hampir dua kali ganda berbanding wanita biasa.

Fungsi zat besi untuk ibu hamil ialah untuk pembenttukan darah ibu dan janin, mencegah
anemia dan membantu mengangkut oksigen dalam darah.


Contoh makanan yang mengandungi zat besi

3. Vitamin C

Fungsi vitamin C ialah meningkatkan sistem imuniti ibu, membantu penyerapan zat besi dan membantu pembentukan kolagen.

Sumber vitamin C ialah jambu batu, betik, limau, mangga, belimbing dan sayuran hijau.

Ibu boleh ambil buah dan sayur 3 hingga 4 kali hidangan sehari.

4. Kalsium

Kalsium diperlukan untuk pembentukan tulang janin, mencegah risiko osteoporosis, membina penyimpanan kalsium ibu bagi persediaan menyusukan si kecil.

Ibu hamil memerlukan 1000mg kalsium setiap hari. 

Jumlah ini bersamaan 4 gelas susu. 

Sumber kalsium selain susu ialah telur, hasil soya, dadih, keju, makanan laut dan sayuran hijau.

Bagi ibu yang tak boleh minum susu kerana alahan, tiada masa dan sibuk  boleh cuba pil kalsium iaitu Ostematrix Shaklee.

5. Protein

Protein penting untuk membina darah, sel, tisu dan organ dalam badan.

Semasa hamil, ibu perlu ambil 3 hingga 4 kali  hidangan protein dalam sehari. 
 
Protein yang terbaik ialah protein rendah lemak dan tiada kolesterol.



 Piramid makanan wanita hamil


 2. Ibu hamil perlu makan untuk 2 orang ?

Semasa hamil, ibu hamil hanya perlukan lebih kurang 300 kalori tambahan berbanding wanita biasa.

Jadi teori yang mengatakan ibu hamil kena makan untuk 2 orang, salah sama sekali.
 
 Carta menunjukkan keperluan nutrisi semasa mengandung

3. Jangan cuba kuruskan badan semasa hamil

Pada waktu ini bukan waktu sesuai nak kuruskan badan ye.

Ini akan membahayakan ibu dan anak.

Berdiet secara tidak betul semasa hamil akan menyebabkan kekurangan vitamin dan mineral lain yang penting semasa hamil.

Pertambahan berat badan semasa kehamilan merupakan salah satu tanda yang baik dan sihat. 

Ibu hamil yang makan dengan baik akan bertambah berat badannya secara berperingkat dan akan melahirkan bayi yang sihat.

4. Makan dengan Jumlah Yang Kecil Tetapi Kerap.

Pada trismester pertama, biasanya ibu hamil mengalami alahan. 

Jadi salah satu nak mengatasi alahan ialah makan sedikit tapi kerap. 

Boleh klik di sini untuk mengetahui 21 cara untuk atasi alahan semasa hamil.

5. Minum Air Yang Cukup

Minum kurang- kurangnya 8 gelas sehari

33% daripada pertambahaan berat badan semasa kehamilan adalah daripada air.

Air amat penting untuk penghasilan sel darah merah bayi dan sistem peredarannya.

Tubuh mommies juga memerlukan air yang banyak semasa hamil untuk mengatai sembelit dan mengawal suhu badan.

6. Banyakkan Makan Makanan Berserat Tinggi

Contoh makanan berserat tinggi ialah buah dan sayur.

Mommies kena makan dengan banyak untuk mengelak sembelit.
 
7. Amalkan Vitamin Ibu Hamil Secara Teratur

Mommies yakin dapat memenuhi semua nutrien yang diperlukan semasa mengandung?

Pengambilan vitamin semasa hamil dapat menutupi lompong lompong kekurangan vitamin dan zat mineral.

Kekurangan nutrien biasanya disebabkan ibu mengalami alahan, cara pemprosesan makanan yang menyebabkan banyak nutrien musnah, ibu sibuk dan mengabaikan diet ibu hamil dan lain lain.
 
Mommies nak tahu cara mudah untuk mengatasi kekurangan  nutrien semasa hamil
secara semulajadi, halal, berkesan dan tanpa kesan sampingan?

Mommies boleh cuba Set Kehamilan Shaklee. 

Mommies boleh klik di sini untuk lihat Set Kehamilan Shaklee.

Akhir sekali Zie doakan semoga mommies tempuhi saat saat kehamilan ini dengan gembira. 

Sekian, terima kasih.


Ingin mendapatkan suplemen terbaik untuk keluarga?
Ingin menjana pendapatan 3-4 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Zie
Free Consultation

Affordable Price  And

Bussiness Opportunity With Shaklee!!!

Suzy Erniza Ismail
Shaklee ID (1141937)
hannanaufal@yahoo.com
013 9897720 (call, whatsapp)






















 



0 comments:

Entry Terbaru Saya

Popular Posts

Kepakaran Saya

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee di Kelantan.
(Shaklee 1D : 1141937)

Cash on Delivery (COD) sekitar Kok Lanas, Ketereh dan Kadok.

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei menggunakan Poslaju, GDex atau Citylink.

Dengan setiap pembelian vitamin di suzysyahimi@blogspot.com, anda layak mendapat:

- Jadual Makan Vitamin
- Konsultasi Percuma Berterusan
- Jemputan ke group Facebook exclusive
- Peluang menjana income dengan Shaklee

Hubungi Suzy Erniza Ismail di:
013-9897 720
hannanaufal@yahoo.com
Tudung kanak-kanak