Wednesday, January 4, 2017

 9:14 AM         No comments
Assalamualaikum kepada pembaca blog suzy sekelian.
Zie doakan semoga pembaca blog suzysyahimi sihat sejahtera selalu.
.
Kepada para ibu yang baru bersalin, Zie ucapkan tahniah! 

Semoga ibu dapat menyusukan sepenuhnya sehingga 2 tahun.
Entry kali ini Zie nak kongsikan salah satu pengalaman terindah dalam hidup Zie iaitu tandem nursing.

Biarlah letih, yang penting berbaloi- baloi boleh memberi susu badan kepada dua orang  anak serentak.

Baiklah sebelum pergi jauh, ada sesetengah pembaca tertanya- tanya apa maksud tandem nursing sebenarnya.

Tandem nursing
Tandem nursing ialah beberapa orang adik -beradik  yang masih kecil berkongsi susu badan daripada ibunya pada waktu yang sama.

Zie menyusukan dua orang anak iaitu, Damia ( 4 bulan) dan anak ke 3 iaitu Faqih (2 tahun lebih).

                 Damia dan Faqih                        

Mengapa memilih tandem nursing
Sebenarnya si abang, Faqih dan berhenti minum susu badan masa Zie mengandungkan Damia.
Apabila Faqih mula bercerai susu, Zie memberi susu formula kepadanya.
Namun begitu kulit Faqih mula timbul ruam.
Kalau orang tengok mesti selalu cakap Faqih terkena ''chicken pox''.
Selain itu juga berat badan Faqih berkurang dengan drastik.
 
Faqih juga selalu demam.
Semua yang berlaku ni menyebabkan Zie berazam nak bagi susu badan semula apabila Damia lahir nanti.

Kulit Faqih yang agak sensitif merisaukan Zie 

 Ketika mengandungkan Damia

Pengalaman tandem nursing

Pada mulanya, Zie ragu- ragu boleh ke nak tandem nursing selepas bersalin ni.


Risau juga kalau - kalau anak Zie yang baru lahir, Damia tak cukup susu.

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.

Malah susu bertambah banyak pula.

Ini kerana susu badan terhasil semakin banyak apabila ada  permintaan (demand) yang tinggi.

Permintaan susu bagi mereka yang mengamalkan tandem nursing memang banyak iaitu lebih daripada  seorang.

Tip tandem nursing

InsyaAllah, sesiapa pun boleh buat tandem nursing ni.

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

OK, di sini Zie berkongsi sedikit tip tandem nursing berdasarkan pengalaman Zie.

1. Niat

Niat sangat penting dan kena tanam awal- awal lagi.


Ini supaya memberi kesan kepada minda bawah sedar kita.

Ibu perlu ade sebab- sebab yang kukuh kenapa nak buat konsep tandem nursing.

Sebab yang kukuh akan menjadi push factor ibu untuk buat tandem nursing.

Bila ade push factor ini insyaAllah  ibu akan bersemangat dan akan buat apa sahaja demi mencapai matlamat ibu iaitu membuat tandem nursing.


2. Faham konsep demand dan supply.


 Faham betul- betul konsep ni iaitu  susu kita akan bertambah jika ade demand yang tinggi daripada anak.

Untuk meningkatkan demand susu juga, ibu kena pastikan sentiasa mengosongkan payudara.

Ha, mengosongkan payudara ni Zie rasa ibu yang mengamalkan tandem nursing tidak mempunyai masalah.

Sebab ibu mempunyai anak yang lebih besar yang tersangat terror mengosongkan payudara. Maklumlah anak tersebut dah senior kan?


3.Pemakanan

Ibu perlu memastikan menjaga pemakanan seimbang. Ibu perlu lebihkan karbohidrat, protein, buah buahan dan sayur- sayuran.

Bagi Zie, Set Penyusuan Shaklee banyak membantu Zie dalam penyusuan. Ia membantu Zie  melengkapkan keperluan nutrien ibu menyusu.
Boleh baca pasal Set Penyusuan Shaklee DI SINI

Ibu kena minum banyak air kosong iaitu sekurang kurang 2 liter sehari.

Ibu kena minum susu iaitu 4 gelas sehari sebagai sumber kalsium. Bagi ibu yang tidak gemar minum susu Zie cadangkan ambil vitamin ostematrik.

Boleh baca ostematrix membantu mengatasi masalah sembelit semasa hamil DI SINI

Ostematrix membantu kurangkan sakit belakang DI SINI 

Kepentingan kalsium semasa hamil DI SINI

Kalau ibu tak amalkan pemakanan yang seimbang atau tak cukup keperluan nutrisi, ibu boleh tumbang tau!

Kita ni ibarat kereta lah.
Contohnya kalau kita nak berjalan jauh ke Singapura, persediaan kereta mestilah mantap.
Kita akan baiki kereta supaya kereta dapat berjalan jauh.
Tapi kalau kita tak baiki kereta, tak bubuh angin tayar, tak baiki brek supaya menjadi mantap dan tak tukar minyak hitam, agak- agaknya sampai tak ke Singapura?
Mungkin sampai juga.
Tapi dengan keadaan kereta yang teruklah.
Mungkin juga tak sampai. 
Begitulah simboliknya. 
Ibu yang membuat tandem nursing perlu pemakanan yang sihat supaya dapat menghasilkan susu dengan banyak.
Selain tu supaya ibu kekal cergas dan jelita.
   
4. Aspek rohani

Kena berdoa dengan Allah supaya kita dapat membuat tandem nursing.

Minta dengan Allah supaya diberi kekuatan fizikal, mental, emosi dan rohani dalam melakukan tandem nursing.

Banyakkan mengadu kepadaNya masalah dalam membuat penyusuan tandem nursing.

Kesan tandem nursing kepada anak Zie

Alhamdulillah, kulit Faqih semakin cantik.

Ruam di badannya semakin kurang.

Faqih juga semakin berisi dan jarang demam.

Kesan pada Damia pula ialah berat badan naik cantik.

Daripada 3 kg berat semasa melahirkannya, menjadi 4.1kg pada usia sebulan.
Kemudian menjadi 5 kg pada usia 2 bulan.
Pada usia 3 bulan pula, berat Damia ialah 6 kg.

Alhamdulillah...

       Wajah tembam Damia ketika 4 bulan       


    
                                          Terima kasih kerana singgah kat blog ummi saya



Akhir kata Zie doakan semoga ibu yang ingin atau sedang mengamalkan tandem nursing berjaya menyusukan anak hingga 2 tahun.

Mommies, You can do it!!!

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Sekian dahulu buat kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca.

Semoga bermanfaat buat ibu semua.



Ingin mendapatkan suplemen terbaik untuk keluarga?
Ingin menjana pendapatan 3-4 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Zie

Free Consultation
Affordable Price  And
Bussiness Opportunity With Shaklee!!!
Suzy Erniza Ismail
Shaklee ID (1141937)
hannanaufal@yahoo.com
013 9897720 (call, sms,whatsApp)

 






0 comments:

Entry Terbaru Saya

Google+

Popular Posts

Kepakaran Saya

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee di Kelantan.
(Shaklee 1D : 1141937)

Cash on Delivery (COD) sekitar Kok Lanas, Ketereh dan Kadok.

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei menggunakan Poslaju, GDex atau Citylink.

Dengan setiap pembelian vitamin di suzysyahimi@blogspot.com, anda layak mendapat:

- Jadual Makan Vitamin
- Konsultasi Percuma Berterusan
- Jemputan ke group Facebook exclusive
- Peluang menjana income dengan Shaklee

Hubungi Suzy Erniza Ismail di:
013-9897 720
hannanaufal@yahoo.com