Tuesday, April 26, 2016

 9:02 AM         No comments
Assalamualaikum

Apa khabar.? Zie harap pembaca blog dirahmati Allah selalu. 

Zie ade mendengar Tanyalah Ustaz pagi tadi.

Zie teruja nak kongsi ilmu dengan para pembaca blog.

Tajuknya lebih kurang Solusi Masalah Mengikut Al Quran.

Bintang ilmuan yang dijemput ialah Ustaz Hj Asraff Ayob Al-Hafiz

Inilah gambar ustaz Hj Asraff bagi yang belum kenal.

Ia berkenaan kita menyelesaikan masalah kehidupan harian merujuk Al Quran.

Banyak soalan yang ditanyakan oleh 2 orang tetamu jemputan kepada ustaz.

Antara satu soalan yang menarik ialah apa amalan yang diajar oleh Al Quran untuk orang yang dalam kesempitan wang.

Agak- agak apa jawapannya?

Ha..kalau manusia biasa jawapannya kena berjimat cermat, kena catu duit bagi duit belanja dekat isteri dan anak dan lain lain.

Tapi jawapan oleh Allah melalui Al Quran ialah kena banyakkan sedeqah.

Kalau kita nak sesuatu kita kena banyakkan memberi.

Sedeqah boleh

1. panjangkan umur

2. tolak bala

3. murah rezeki

4. menyembuhkan penyakit

5. mendapat keampunan Allah

Ada juga yang dah banyak bersedeqah, tapi rezeki belum bertambah. 

Macam mana tu?

Merujuk Al Quran mereka yang nak bersedeqah tak boleh langgar 2 pantang larang ni

1. mengungkit sedeqah yang telah diberi

2. melukakan hati si penerima

Ustaz berpesan kita kena bersedeqah hari hari tau!

Ok lah, sampai sini dulu. 

Semoga kita terus istiqamah dalam bersedeqah.

Semoga pembaca blog memperoleh sesuatu yang bermanfaat.

Terima kasih.













0 comments:

Entry Terbaru Saya

Google+

Popular Posts

Kepakaran Saya

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee di Kelantan.
(Shaklee 1D : 1141937)

Cash on Delivery (COD) sekitar Kok Lanas, Ketereh dan Kadok.

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei menggunakan Poslaju, GDex atau Citylink.

Dengan setiap pembelian vitamin di suzysyahimi@blogspot.com, anda layak mendapat:

- Jadual Makan Vitamin
- Konsultasi Percuma Berterusan
- Jemputan ke group Facebook exclusive
- Peluang menjana income dengan Shaklee

Hubungi Suzy Erniza Ismail di:
013-9897 720
hannanaufal@yahoo.com