Tuesday, December 27, 2016

 12:51 AM         No comments




Assalamualaikum pembaca blog yang Zie hormati.

Zie doakan semoga pembaca semua dirahmati Allah selalu.

Hari ni Zie nak berkongsi tentang Kencing Manis Semasa Mengandung.

Dalam bahasa sains kencing manis semasa mengandung dipanggil Gestational Diabetis Melitus (GDM) .


Macam mana nak tau sama ada mommies ade kencing manis semasa mengandung?

Jawapannya ialah dengan membuat ujian minum air gula.

Ujian air gula ni dinamakan juga Modified Glukosa Tolerance Test (MGGT).

Sejak tahun 2013, Kementerian Kesihatan Malaysia mewajibkan semua ibu hamil menjalani ujian MGGT.

Ini disebabkan kes diabetis dan obesiti di kalangan rakyat Malaysia semakin serius.

Biasanya, 4 % daripada mommies yang mengandung terkena kencing manis.

Kencing manis semasa mengandung biasanya dikesan pada bulan ke 6 atau ke 7 kehamilan 
( di antara minggu ke 28 dan minggu ke 34 )

Macam mana mommies nak tau simpton terkena kencing manis semasa mengandung

Tanda- tanda kencing manis semasa mengandung

1. Cepat letih

2. Dahaga yang melampau

3. Keinginan yang tinggi pada makanan manis

4. Sering buang air kecil walaupun sedikit

5. Penglihatan semakin kabur

 Dahaga yang melampau salah satu simpton kencing manis semasa mengandung.

Kalau mommies ada tanda -tanda kat atas ni, sila berjumpa doktor dengan segera ye.

Kenapa mudah terkena kencing manis semasa mengandung?

Hairan kan mommies, sebelum mengandung kita tiada kencing manis. Tapi bila kita mengandung tak semena- mena kena kencing manis.

Sebenarnya, semasa mommies mengandung, plasenta akan menghasilkan hormon lactogen plasental human, estrogen, progesteron, kortisol dan prolaktin.

Semua hormon ini akan menyebabkan insulin kurang berfungsi.

Hormon insulin ini dirembes oleh sel pankreas dan berfungsi untuk menyeimbangkan paras gula dalam darah.

Semasa mommies mengandung, pankreas terpaksa bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak insulin bagi mengatasi masalah insulin yang kurang berfungsi kerana kehadiran hormon yang dihasilkan plasenta.

Sekiranya persediaan sel pankreas puan bagus, insulin yang dihasilkan meningkat dan memenuhi keperluan  semasa mengandung.

Namun jika persediaan pankreas terhad (tak dapat menghasilkan insulin dengan lebih banyak) paras gula dalam darah akan meningkat.

Maka terjadilah kencing manis semasa mengandung ( Diabetis Gestational ).

Mommies yang terkena kencing manis semasa mengandung kena berhati- hati kerana kencing manis semasa mengandung boleh memberi kesan besar pada ibu dan anak.

Jom kita lihat kesan kencing manis semasa mengandung kepada ibu dahulu.



                                             Tengok gambarajah lebih senang kan?

Risiko Kencing Manis Semasa Mengandung Kepada Ibu

1. Boleh menyebabkan hiperglisemia iaitu kadar gula yang berlebihan

2. Jangkitan kuman pada faraj seperti keputihan dan gatal- gatal

3. Risiko keguguran

4. Air ketuban yang berlebihan

5. Preeklampsia atau hipertensi teruk

6. Retinopati atau kerosakan retina pada mata

7. Kegagalan fungsi buah pinggang

8. Memerlukan proses kelahiran secara pembedahan kerana bayi terlalu besar


Risiko Kencing Manis Semasa Mengandung Kepada Bayi

1. Bayi dilahirkan dengan berat badan berlebihan atau makrosomia

2. Mati dalam kandungan atau intra uterine death

3. Lemas semasa lahir hingga boleh menyebabkan kerosakan otak

4. Kecederaan pada saraf di bahagian bahu atau dystocia.

5. Terdedah jaundis yang berpanjangan selepas kelahiran

6. Bayi mengalami masalah pernafasan selepas kelahiran

7. Hipoglisemia atau gula yang sangat rendah dalam darah selepas kelahiran 

8. Paras serum kalsium dan magnesium terlalu rendah selepas kelahiran

9. Bayi berisiko tinggi mengidap kencing manis apabila dewasa 

Siapa Berisiko Mendapat Kencing Manis Semasa Mengandung

Ada beberapa golongan yang berisiko untuk terkena kencing manis semasa mengandung.

Cuba mommies check samada mommies termasuk dalam golongan ini.  

1. Mereka yang obesiti dengan BMI melebihi 30.

2. Mereka yang mempunyai sejarah kencing manis semasa mengandung

3. Air kencing di kesan mengandungi gula

4. Tekanan darah tinggi

5. Kelahiran kembar

6. Berumur 35 tahun ke atas

7. Mempunyai sejarah diabetis dalam ahli keluarga.

Cara atasi kencing manis semasa mengandung
 
2 perkara yang mommies kena buat sekiranya terkena kencing manis semasa mengandung

1. Jaga pemakanan
2. Bersenam setiap hari

Namun begitu daripada 5 orang terkena kencing manis semasa mengandung  1 orang terpaksa menggunakan suntikan hormon insulin untuk mengawal gula dalam darah.

Maklumlah mommies dah jaga makan dan bersenam setiap hari, tapi tak jalan jugakkan?

Gula dalam darah tetap tinggi jugakkan.

Jadi terpaksalah mommies kawal gula dalam darah dengan cara suntikan  hormon insulin. 

Jaga Pemakanan  

Macam mana pemakanan mommies yang terkena kencing manis semasa mengandung?

1. Ambil sarapan pagi dengan makanan yang mempunyai Glysemic Indexs yang rendah.

Apa yang dimaksudkan Glysemic Indexs?

Glisemic Indexs ialah ukuran kepantasan makanan diserap menjadi gula dalam darah kita. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik (GI) yang tertinggi manakala karbohidrat dengan GI yang rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan kita.



Carta menunjukkan senarai makanan dengan GI masing - masing.
Ingat ye mommies, makanan yang mempunyai GI yang rendah sangat elok untuk mommies yang ada kencing manis semasa mengandung.

2. Makan 5- 6 kali sehari

Mommies kena makan kerap tapi dengan kuantiti yang kecil sahaja. Biasanya 3 hidangan utama dan 2 hidangan sampingan iaitu makan lebih kurang 10 pagi dan makan  pada waktu petang.


3.Jangan tinggal waktu makan

Mommies kena makan pada waktu kebiasaan makan. Jangan sesekali tinggal waktu makan. Contohnya mommies tak bersarapan pagi. Mommies kebiasaannya akan terbabas makan lebih banyak pada waktu tengahari.
Selain itu, kelebihan tak tinggal waktu mkan ialah dapat menstabilkan gula dalam darah.  
 
4. Kurangkan gula dalan makanan dan minuman.
Mommies kena kurangan pengambilan minuman manis dan banyakkan minum air kosong.
 Kurangkan makan benda manis.

 5. Kurangkan pengambilan lemak tepu dalam makanan
Mommies boleh amalkan pemakanan yang sihat iaitu perbanyakkan makanan yang direbus dan dibakar.

Mommies pula boleh gantikan minyak masak kelapa sawit dengan minyak zaiton dalam masakan. 

Tapi jangan pula menggoreng dengan minyak zaiton ye. Minyak  zaiton atau minyak seangkatan dengannya seperti minyak jagung, tak elok untuk menggoreng. Boleh menyebabkan kanser pulak nanti.
 
6. Makan makanan yang tinggi fiber
Contoh makanan ialah seperti oat. Makanan yang tinggi fiber akan membuat kita kenyang berpanjangan.

7. Makan makanan yang karbohidrat kompleks seperti nasi, mi, roti dan lain - lain.
Kurangkan makanan karbohidrat ringkas seperti gula, madu dan lain - lain. 

Senaman

Kita masuk bab senaman pulak ye. 
Sekurang - kurangnya momies kena bersenam 30 minit sehari. Cara nak bersenam pula ialah seperti mengemas rumah, berjalan kaki, senaman kegel dan lain- lain.
Senaman ni memang bagus iaitu untuk mengawal kalori dalam badan dan memudahkan proses bersalin nanti.

Mommies yang kena kencing manis semasa mengandung Zie cadangkan cuba guna  
Set Kehamilan Shaklee.

Dalam Set Kehamilan Shaklee ade :

1. Vitalea

Vitalea mengandungi kromium dan lain-lain vitamin penting. 

Kromium adalah mineral yang penting untuk membantu insulin bekerja dengan lebih efektif. 

Ia membantu sel badan bertindak balas dengan insulin dengan lebih baik. 

Justeru itu kromium dapat membantu mengekalkan tahap gula yang sihat.

2.  B complex

B complex sangat penting kepada pesakit diabetis.

B complex Shaklee mengandungi 8 kompenen penting vitamin B  iaitu vitamin B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan  100% biotin.

B complex Shaklee adalah semulajadi dan mempunyai kebolehbserapan yang sangat tinggi.

Fungsi utama b complex ialah menukar makanan kepada tenaga dengan lebih cekap.

Terdapat kajian di mana ibu mengandung yang mempunyai GDM diberikan vitamin b dalam diet mereka. Selang beberapa minggu kemudian hasil ujian menunjukkan gula dalam darah mereka menurun.

3. Vitamin C

Vitamin C dapat megurangkan paras sorbitol dalam badan. 

Sorbitol ialah sejenis gula yang tidak dapat ditukarkan kepada tenaga. 

Jika sorbitol berkumpul dalam sel ia akan menjejaskan sel badan kita. 

Pengambilan vitamin C dapat mencegah gula ditukarkan kepada sorbitol tetapi sebaliknya membantu gula ditukarkan kepada tenaga.

4. Ostematrix

Ostematrix ialah pil kalsium semulajadi.

Semasa mengandung, mommies banyak memerlukan kalsium untuk pembesaran kandungan.

Pengambilan kalsium yang mencukupi membantu hormon insulin untuk berfungsi dengan lebih cekap.

5. ESP/ Protein

ESP Shaklee mempunyai Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39 dan sangat sesuai untuk mommies yang kencing manis semasa mengandung.

ESP ialah makanan tambahan terdiri daripada kacang soya non GMO.

Fungsinya iala memberi tenaga dengan segera tanpa meningkatkan gula dalam darah secara mendadak.

Ia membantu memberi rasa kenyang berpanjangan.

Set Kehamilan Shaklee (GDM) membantu mengawal gula dalam darah. Namun begitu terdapat kesan sampingan lain.

Kesan Sampingan Set Kehamilan Shaklee (GDM)
   
       1. Kulit semakin cantik kerana pengambilan vitamin C dan ESP

       2.    Mommies lebih cergas dan bertenaga walaupun mengandung

       3.     Mengurangkan lenguh - lenguh, sakit pinggang, sengal gigi

       4.     Merawat gastrik 

       5    Mengurangkan alahan 

Di bawah ni,  Zie sertakan testimoni daripada mommies yang telah menggunakan  
Set Kehamilan Shaklee. 

 
                                                                         Testimoni 1



 
Testimoni 2


 
                                                                      Testimoni 3




Testimoni 4


  

Testimoni 5

 
Sekian sahaja perkongsian hari ini. Semoga bermanfaat pada mommies semua.
Sekiranya nak dapatkan vitamin Set Kehamilan Shaklee boleh hubungi Zie.

Zie Erniza 013 9897720 / 0193528950

FB Zie Erniza

Sahabat Kesihatan Anda!
 


Ingin mendapatkan suplemen terbaik untuk keluarga?

Ingin menjana pendapatan 3-4 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

Hubungi Zie


Free Consultation
Affordable Price  And
Bussiness Opportunity With Shaklee!!!

Suzy Erniza Ismail

Shaklee ID (1141937)

hannanaufal@yahoo.com

013 9897720 (call, sms)







0 comments:

Entry Terbaru Saya

Popular Posts

Kepakaran Saya

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee di Kelantan.
(Shaklee 1D : 1141937)

Cash on Delivery (COD) sekitar Kok Lanas, Ketereh dan Kadok.

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei menggunakan Poslaju, GDex atau Citylink.

Dengan setiap pembelian vitamin di suzysyahimi@blogspot.com, anda layak mendapat:

- Jadual Makan Vitamin
- Konsultasi Percuma Berterusan
- Jemputan ke group Facebook exclusive
- Peluang menjana income dengan Shaklee

Hubungi Suzy Erniza Ismail di:
013-9897 720
hannanaufal@yahoo.com
Tudung kanak-kanak