Wednesday, August 3, 2022

 Assaalamualaikum.

Semalam buat apam coklat moist. Hari ni buat lagi setelah dapat pujian encik suami.Alhamdulillah Allah yang bagi rasa sedap kan.

Alamak susu pekat manis iaitu antara bahan yang Zie selalu letak kalau buat kek coklat dah abis.Apa lagi, Zie cari resepi dalam fb  apam yang tak guna susu pekat manis. Ha, jumpa pun.Zie amik dan seperti biasa kita olah ikut tekak citarasa kita sendiri.

Resepi Apam 

Bahan A

1 cawan minyak

1 cawan Air

1   1/2 cawan gula

3 biji telur

3 sudu besar susu tepung


Bahan B

200gm tepung gandum

1 sudu teh baking powder

1/2 sudu teh soda bikarbonat

60gm serbuk coklat


Cara cara

1. Blender semua bahan A. Biar sebati.

2. Masukkan bahan A yang sudah diblender tadi ke dalam bekas.

3. Ayak bahan B dan masukkan ke dalam bekas tadi.

4. Kaup balikkan adunan. 

5. Panaskan periuk kukusan. Bubuh adunan dalam bekas lompang. Kukus selama 10 minit atau sehingga masak.

Okay, jadi apam jadi juga ye tanpa guna susu pekat manis. Tapi jujurnye rasa apam guna resepi susu pekat manis lebih sedap. Rasa lebih lemak berkrim. Apam pun lebih lembut kalau guna resepi yang letak susu pekat manis.

Selamat mencuba.






Tuesday, August 2, 2022

Assalamualaikum


Lamanye tak bersiaran. Hari ni saya try buat apam coklat yang super duper sedap. Resepi saya amik dekat facebook. Kemudian saya olah sendiri ikut selera tekak sekeluarga. Alhamdulillah suami kate sedap. Allah yang bagi sedap kan.
Okay resepi saya simpan sini untuk rujukan saya sendiri dan buat adik adik yang baru belajar buat kek...

Bahan A

Bahan bahan
1 cawan susu pekat manis
1 cawan air
1 cawan minyak
3/4 cawan gula
3 sudu besar susu tepung.Saya guna susu tepung fernleaf full cream
2 Biji telur gred A/B

Bahan B

200 gm tepung gandum
60 gm serbuk coklat
1 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil soda bikarbonat


Cara- cara
Blender semua bahan A sehingga sebati.
Masukkan bahan B yang telah diayak terlebih dahulu ke dalam bahan A.
Kaup balik hingga sebati.
Siap untuk dikukus.
Kukus 10-15 minit dengan api besar.





Entry Terbaru Saya

Popular Posts

Kepakaran Saya

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee di Kelantan.
(Shaklee 1D : 1141937)

Cash on Delivery (COD) sekitar Kok Lanas, Ketereh dan Kadok.

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei menggunakan Poslaju, GDex atau Citylink.

Dengan setiap pembelian vitamin di suzysyahimi@blogspot.com, anda layak mendapat:

- Jadual Makan Vitamin
- Konsultasi Percuma Berterusan
- Jemputan ke group Facebook exclusive
- Peluang menjana income dengan Shaklee

Hubungi Suzy Erniza Ismail di:
013-9897 720
hannanaufal@yahoo.com
Tudung kanak-kanak