Tuesday, January 27, 2015

 9:24 PM         No comments
 Faqih dan sepupunya ketika 4 bulan. Kedua-duanya fully breastfeeding.

Assalamualaikum..

Zie doakan agar pembaca sihat sejahtera dan berada dalam lindungan Allah selalu.
Hari ini Zie ingin berkongsi ilmu tentang konsep penyusuan iaitu Supply and Demand.
Sejujurnya Zie pun baru mengetahui konsep penyusuan semasa mengandung anak ke empat.
Namun begitu, konsep penyusuan Supply and Demand  Zie telah amalkan semasa meyusu anak pertama lagi.
Zie kerapkan sesi penyusuan dan sering mengosongkan payudara sebelum menawarkan susu di sebelah payudara lagi.
Alhamdulillah, Zie mempunyai 4 orang cahaya mata yang semuanya Zie beri susu ibu sepenuhnya sekurang- kurangnya 6 bulan.

1. Sumayyah menyusu ibu selama 6 bulan
2. Naufal menyusu ibu selama 1 tahun 9 bulan
3. Faqih masih menyusu ibu sehingga sekarang ( umur sekarang 2 tahun 3 bulan)
4. Damia menyusu ibu ( 4 bulan)

Apa itu Supply and Demand
Bekalan susu ibu bergantung kepada permintaan.
Semakin tinggi permintaan susu ibu, semakin banyak susu dihasilkan oleh badan.
Jadi, sekiranya bayi telah diberi susu formula, permintaan kepada susu ibu telah berkurang.
Maka, hanya sedikit susu dihasilkan oeh badan.
Para ibu mula merungut, "Susu badan saya tak cukup. Saya terpaksa top up dengan susu formula."
Padahal bukan susu badannya tidak mencukupi, tetapi tindakannya yang mula memberi susu formula menyebabkan susu badan semakin berkurang.

Bagaimana memastikan permintaan susu ibu tinggi
1. Kerap memberi susu kepada bayi
Dengan kata lain  breastfeeding on demand.

2.  Wajib pam susu bagi ibu berkerja
Ibu berkerja mesti pam susu.
Ini untuk memastikan bahawa terdapat permintaan susu walaupun bayi tiada bersama.
Apabila kita tidak mengepam susu, hanya sedikit susu dihasilkan.
Lama kelamaan para ibu akan mendapati kekurangan susu badan.

3. Mengosongkan payudara
Para ibu perlu mengosongkan payudara sebelum menawarkan susu di sebelah payudara lagi.
Para ibu tahu tak kenapa?
Apabila kita mengosongkan payudara, kita menghantar signal pada otak bahawa permintaan susu ibu tinggi.
Susu akan dihasilkan untuk memenuhi payudara yang kosong.
Ibarat macam pam tangki bilik air.
Apabila tangki kosong, air akan masuk memenuhi ruang tangki.

Sekian dulu untuk kali ini. Zie berharap perkongsian ilmu ini sedikit sebanyak dapat membantu ibu untuk menjayakan misi penyusuan 2 tahun.
Sebarang kemusykilan boleh wassap Zie 013 9897720.



















0 comments:

Entry Terbaru Saya

Google+

Popular Posts

Kepakaran Saya

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee di Kelantan.
(Shaklee 1D : 1141937)

Cash on Delivery (COD) sekitar Kok Lanas, Ketereh dan Kadok.

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei menggunakan Poslaju, GDex atau Citylink.

Dengan setiap pembelian vitamin di suzysyahimi@blogspot.com, anda layak mendapat:

- Jadual Makan Vitamin
- Konsultasi Percuma Berterusan
- Jemputan ke group Facebook exclusive
- Peluang menjana income dengan Shaklee

Hubungi Suzy Erniza Ismail di:
013-9897 720
hannanaufal@yahoo.com