Monday, January 2, 2017

 8:39 PM         No comments
Assalamualaikum semua.

Zie doakan agar mommies berada dalam keadaan sihat walafiat.

Hari ni Zie nak sharing tentang tip naikkan Hb semasa hamil dengan pantas.

Sebelum tu mari kita berkenalan apa itu Hb ?
  
Apa itu Hb?

Hb nama dalam 'surat beranak' ialah hemoglobin. 

Nama singkatan atau biasa orang panggil ialah Hb sahaja.

Hb ni ialah sejenis molekul metaloprotein ( protein yang mengandungi zat besi) di dalam
sel darah merah kita.

Tugas Hb ialah untuk mengangkut  oksigen daripada paru- paru ke sel- sel badan dan mengangkut juga karbon dioksida daripada sel badan ke paru- paru.


Tip-naikkan-Hb-dengan-pantas-1
Gambar menunjukkan fungsi hemoglobin iaitu mengangkut oksigen daripada paru- paru (lung) ke sel - sel badan.




Tip-naikkan-Hb-dengan-pantas-2

Gambar ni pula menunjukkan hemoglobin mengangkut karbon dioksida daripada sel- sel badan ke paru - paru.  Sebab tu la kita bernafas keluar gas iaitu karbon dioksida

Jika kita sudah tau fungsi hemoglobin, barulah kita tahu betapa pentingnya  Allah jadikan hemoglobin nih.

Apa yang berlaku bila Hb rendah dalam badan?

Risiko Hb rendah

1. Kesan kepada ibu
 
· Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan


· Mengalami keguguran


· Mengalami kegagalan jantung


· Pendarahan semasa mengandung dan bersalin


· Risiko alami penyakit berjangkit

2. Kesan kepada bayi dalam kandungan

 
· Intrauterine growth restriction (IUGR) atau pertumbuhan janin terbantut


· Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan


· Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg


· Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia


· Mati ketika dilahirkan atau stillbirth


Hb normal semasa hamil

Hb normal mommies yang hamil ialah 10 - 15 gram/dL. 

Hb 10gram/dL ialah Hb atas pagar.

Hb di bawah 10gram/dL adalah Hb yang rendah dan mommies hendaklah membuat sesuatu untuk menaikkan Hb.

Kalau Hb rendah, mommies dapat dengar misi membebel la kan.

Makan itu ini untuk naikkan Hb mommies.

Ye lah, tak salah misi juga.

Risiko Hb rendah agak bahaya sehingga boleh mengancam nyawa mommies dan kandungan.

Untuk  mommies yang dah lupa apa yang misi pesan tuh,  jom Zie senaraikan makanan untuk naikkan Hb.

13 Makanan untuk naikkan Hb 

 1. Daging merah
 2. Brokoli
 3. Pisang
 4. Kekacang
 5. Hati
 6. Bayam
 7. Kerang
 8. Telur
 9. Oat
10. Buah delima
11. Madu
12. Kurma 
13. Kismis 

Jadi mommies pilihlah yang mana satu untuk diamalkan.

Ingat mommies, untuk maksimumkan penyerapan zat besi dalam badan, mommies kena mengambil makanan yang kaya dengan vitamin C juga.

Tip-naikkan-Hb-semsa-hamil-3

  Contoh makanan kaya zat besi dan makanan yang kaya dengan vitamin C

Selainkan pada tuh mommies kena elak atau kurangkan kafein dalam diet.

Ini kerana kafein boleh  mengurangkan penyerapan zat besi.

Tip naikkan Hb dengan pantas

Ada juga mommies dah makan macam - macam makanan kat atas ni tapi Hb tak naik- naik jugak.

Atau, ada mommies yang sibuk sangat tak sempat nak ambil makanan tambah zat besi ni hari- hari.
 
Oleh itu Zie cadangkan pengambilan vitamin semulajadi..

Vitamin ni ada dua jenis sintetik dan semulajadi.




 Jadual menunjukan perbezaan vitamin sintetik dan vitamik semulajadi.

Ada orang kata, kenapa tak makan vitamin yang diberi di klinik kerajaan je?.

Ye, vitamin tu ok juga. Cuma vitamin tu adalah sintetik dan perbezaannye Zie dah beritahu dalam jadual dekat atas tu.

Ada mommies yang loya dan lalu nak makan vitamin sintetik ni disebabkan baunya.

Ada juga makan menyebabkan masalah sembelit.

Tak kurang juga  mommies Hb tak naik- naik walaupun dah makan seperti yang diajar misi dan doktor.

Sebab tulah Zie cadangkan Set Kehamilan Shaklee yang terdiri daripada vitamin semulajadi.

Bagaimana Set Kehamilan Shaklee bantu naikkan Hb dengan pantas 
 
Dalam Set Kehamilan Shaklee ada 3  jenis vitamin yang berperanan untuk naikkan Hb.

 
 Vita-Lea

Multivitamin yang kaya dengan zat besi, mengandungi 30 nutrisi harian lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting yang disarankan oleh RDA.
Vita-Lea mengandungi zat besi dan vitamin B12 yang membantu pembentukan sel darah merah.

B- complex

B- complex mengandungi 8 kompenen penting vitamin B  iaitu B1,  B2, B3, B5, B6, B12 , asid folik dan biotin.   
B- complex ini dicipta dengan keboleh serapan yang tinggi di dalam badan
Vitamin B12 dan asid folik sangat penting pembentukan sel darah merah. 
Kekurangan vitamin B boleh mengganggu pembentukan sel darah merah.

Sustained Release Vitamin C
 

Fungsi utama pengambilan vitamin c adalah untuk menyerap zat besi yang terdapat dalam Vita-Lea dengan efisyen. 
Jadi ia digalakkan diambil bersama vitalea untuk naikkan bacaan Hb. 
Selain itu ia melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat.

Sekian sahaja buat kali ini.

Zie harap ia dapat memberi manfaat untuk mommies semua.

Nak dapatkan Set Kehamilan Shaklee boleh hubungi Zie.

 FB Zie Erniza


Ingin mendapatkan suplemen terbaik untuk keluarga?

Ingin menjana pendapatan 3-4 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

Hubungi Zie


Free Consultation

Affordable Price  And

Bussiness Opportunity With Shaklee!!!
Suzy Erniza Ismail
Shaklee ID (1141937)
hannanaufal@yahoo.com
013 9897720 (call, sms)


 




0 comments:

Entry Terbaru Saya

Popular Posts

Kepakaran Saya

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee di Kelantan.
(Shaklee 1D : 1141937)

Cash on Delivery (COD) sekitar Kok Lanas, Ketereh dan Kadok.

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei menggunakan Poslaju, GDex atau Citylink.

Dengan setiap pembelian vitamin di suzysyahimi@blogspot.com, anda layak mendapat:

- Jadual Makan Vitamin
- Konsultasi Percuma Berterusan
- Jemputan ke group Facebook exclusive
- Peluang menjana income dengan Shaklee

Hubungi Suzy Erniza Ismail di:
013-9897 720
hannanaufal@yahoo.com
Tudung kanak-kanak