Monday, January 23, 2017

 12:35 AM         3 comments

Kek Coklat Moist Tanpa Susu Pekat Manis

Assalamualaikum. Terima kasih kerana sudi menziarahi blog Zie.

Hari tu Zie ada buat kek coklat moist. Rumah Zie kehabisan susu pekat manis dan memang jarang beli pun.

Susu pekat manis ni tinggi kolesterol  jugak.

Oleh itu Zie pun tinjau resepi kek coklat moist yang tak guna susu pekat.

Zie ambil daripada blog  cik tom

Terima kasih banyak ye.

Sedap kek ni. Cuma kalau nak dibandingkan dengan resepi yang Zie pernah buat sebelum ni, kek ni kurang lemak sikit. Klik resepi kek coklat moist yang  Zie pernah cuba  di sini

Walau apapun sedap, lazat dan terasa kelembapannya.


Jom layan resepi

Resepi Kek Coklat Moist

1 cawan serbuk coklat

1 cawan gula


1 cawan minyak masak 


1 1/2 cawan tepung gandum

1 tin susu cair  ( Zie guna air yang dibancuh susu tepung = 400ml)


1 1/2 sudu kecil soda bikabonat

1 1/2 sudu kecil serbuk penaik


2 biji telur


Cara-cara masakan

1) Sebelum kita bancuh bahan-bahan, didihkan air di dalam alat kukusan.

2) Telur dipukul sehingga kembang.


3) Masukkan gula dan pukul sehingga sebati.

4) Susu cair dan minyak masak dicampur ke dalam  adunan telur dan gula tadi. (adunan basah)

5) Pukul adunan basah sehingga sebati.

6) Serbuk coklat, tepung gandum, serbuk penaik dan soda bikarbonat di tapis dan digaul sekali. (adunan kering)

7) Masukkan adunan kering sedikit demi sedikit ke dalam adunan basah sambil kacau secara aduk balik.


8) Sediakan loyang kek yang sudah disapu dengan majerin atau kertas minyak.

9) Masukkan adunak kek.

10 ) Kukus sehingga masak kira-kira 45 minit. (tempoh masa kek siap masak bergantung kepada saiz loyang kek dan saiz api yang digunakan tapi sebaiknya pantau pada masa 30 minit)
*untuk cek masak ke tak kek ini boleh cek dengan cucuk kek menggunakan lidi. kalau takde apa yang melekat pada lidi bermakna kek tu dah masak.


11) Selepas masak, cairkan bar coklat dan sapu di atas dan sekeliling kek. (optional)

* kek perlu disejukkan dahulu sebelum di sapu coklat.

12) Letakkan hiasan dan masukkan ke dalam peti sejuk untuk keraskan coklat hiasan.


 Kek siap untuk dimakan.


Zie buat resepi ni 2 kali. Kali ke dua, Zie buat 2 biji kek. Alhamdulillah menjadi dengan elok. Buat banyak tu sebab nak bagi jiran juga. 

Maklumlah dah lama tak berbagi makanan kat jiran.

Selamat mencuba. 

 


Ingin mendapatkan suplemen terbaik untuk keluarga?

Ingin menjana pendapatan 3-4 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

Hubungi Zie

Free Consultation

Affordable Price  And

Bussiness Opportunity With Shaklee!!!
Suzy Erniza Ismail
Shaklee ID (1141937)
hannanaufal@yahoo.com
013 9897720 (whatsApp/call/sms)

 



3 comments:

Sis Hana said...

Tq da try td.. Sdp

Unknown said...

Sedapppp! Dah try. Recommended buat smua 👍🏻👍🏻🤗

Erin said...

Mmg sedap ikut resepi ni wlu x dk susu pekat.. Ikut resepi ni mmg trus jd lembut je tekstur dia

Entry Terbaru Saya

Popular Posts

Kepakaran Saya

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee di Kelantan.
(Shaklee 1D : 1141937)

Cash on Delivery (COD) sekitar Kok Lanas, Ketereh dan Kadok.

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei menggunakan Poslaju, GDex atau Citylink.

Dengan setiap pembelian vitamin di suzysyahimi@blogspot.com, anda layak mendapat:

- Jadual Makan Vitamin
- Konsultasi Percuma Berterusan
- Jemputan ke group Facebook exclusive
- Peluang menjana income dengan Shaklee

Hubungi Suzy Erniza Ismail di:
013-9897 720
hannanaufal@yahoo.com
Tudung kanak-kanak