Kek Coklat Moist Tanpa Susu Pekat Manis
Assalamualaikum. Terima kasih kerana sudi menziarahi blog Zie.
Hari tu Zie ada buat kek coklat moist. Rumah Zie kehabisan susu pekat manis dan memang jarang beli pun.
Susu pekat manis ni tinggi kolesterol jugak.
Oleh itu Zie pun tinjau resepi kek coklat moist yang tak guna susu pekat.
Zie ambil daripada blog cik tom
Terima kasih banyak ye.
Sedap kek ni. Cuma kalau nak dibandingkan dengan resepi yang Zie pernah buat sebelum ni, kek ni kurang lemak sikit. Klik resepi kek coklat moist yang Zie pernah cuba di sini
Walau apapun sedap, lazat dan terasa kelembapannya.
Jom layan resepi
Resepi Kek Coklat Moist
1 cawan serbuk coklat
1 cawan gula
1 cawan minyak masak
1 1/2 cawan tepung gandum
1 tin susu cair ( Zie guna air yang dibancuh susu tepung = 400ml)
1 1/2 sudu kecil soda bikabonat
1 1/2 sudu kecil serbuk penaik
2 biji telur
Cara-cara masakan
1) Sebelum kita bancuh bahan-bahan, didihkan air di dalam alat kukusan.
2) Telur dipukul sehingga kembang.
3) Masukkan gula dan pukul sehingga sebati.
4) Susu cair dan minyak masak dicampur ke dalam adunan telur dan gula tadi. (adunan basah)
5) Pukul adunan basah sehingga sebati.
6) Serbuk coklat, tepung gandum, serbuk penaik dan soda bikarbonat di tapis dan digaul sekali. (adunan kering)
7) Masukkan adunan kering sedikit demi sedikit ke dalam adunan basah sambil kacau secara aduk balik.
8) Sediakan loyang kek yang sudah disapu dengan majerin atau kertas minyak.
9) Masukkan adunak kek.
10 ) Kukus sehingga masak kira-kira 45 minit. (tempoh masa kek siap masak bergantung kepada saiz loyang kek dan saiz api yang digunakan tapi sebaiknya pantau pada masa 30 minit)
*untuk cek masak ke tak kek ini boleh cek dengan cucuk kek menggunakan lidi. kalau takde apa yang melekat pada lidi bermakna kek tu dah masak.
11) Selepas masak, cairkan bar coklat dan sapu di atas dan sekeliling kek. (optional)
* kek perlu disejukkan dahulu sebelum di sapu coklat.
12) Letakkan hiasan dan masukkan ke dalam peti sejuk untuk keraskan coklat hiasan.
Kek siap untuk dimakan.
Zie buat resepi ni 2 kali. Kali ke dua, Zie buat 2 biji kek. Alhamdulillah menjadi dengan elok. Buat banyak tu sebab nak bagi jiran juga.
Maklumlah dah lama tak berbagi makanan kat jiran.
Selamat mencuba.
Ingin
mendapatkan suplemen terbaik untuk keluarga?
Ingin
menjana pendapatan 3-4 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi
Zie
Free
Consultation
Affordable
Price And
Bussiness
Opportunity With Shaklee!!!
Suzy
Erniza Ismail
Shaklee ID
(1141937)
hannanaufal@yahoo.com
013
9897720 (whatsApp/call/sms)
3 comments:
Tq da try td.. Sdp
Sedapppp! Dah try. Recommended buat smua 👍🏻👍🏻🤗
Mmg sedap ikut resepi ni wlu x dk susu pekat.. Ikut resepi ni mmg trus jd lembut je tekstur dia
Post a Comment