Apa khabar pembaca blog suzysyahimi?
Sebulan lebih Zie tak bersiaran. Alhamdulillah Allah berikan masa hari ni untuk Zie berkongsi ilmu dengan anda semua.
Sebenarnya dalam banyak topik tentang keibuan, Zie paling suka bercerita pasal breast feeding.
Ilmu breast feeding memang luas dan Zie sendiri sentiasa tambah ilmu tentang ni.
Hari ni Zie nak berkongsi ilmu kenapa susu kurang sejurus selepas bersalin.
Memang ramai ibu yang menghadapi perkara ni kan?
Pengalaman Susu Kurang Masa Anak Pertama
Zie sendiri masa anak pertama menghadapi masalah ni.
Susu tak keluar sangat selepas bersalin.
Apa yang Zie buat ialah cuba juga menyusukan anak.
Zie cuba menyusukan anak dengan cara lekapan yang betul.
Susu masih sedikit lagi.
Bila pulang ke rumah anak pula menangis seakan akan tak cukup susu.
Zie teringat azam Zie sebelum ini iaitu ingin menyusukan anak sehingga 2 tahun.
Tak kira apa badai yang melanda. InsyaAllah Zie boleh hadapinya.
Bila anak menangis, ibu Zie memang tak senang duduk.
Ibu kata anak Zie tak cukup susu.
Anak Zie perlu susu formula.
Malam tu juga suami pergi ke kedai beli susu formula.
Sepanjang malam, Zie menyusukan anak tanpa menyentuh pun susu formula.
Kemudian Zie usahakan dengan makan buah kurma.
Sekotak buah kurma yang seberat 500gm, Zie boleh habiskan dalam masa beberapa hari sahaja.
Selain tu Zie ade mengurut untuk melancarkan pengeluaran susu.
Kaedah ni memang banyak membantu Zie.
Susu memang mencurah- curah.
Akhirnya ibu Zie pun mengakui susu Zie memang banyak.
Anak Zie naik 1kg berat badan dalam masa sebulan.
Kenapa susu kurang selepas bersalin?
Sebenarnya, sejurus selepas bersalin, ibu tidak boleh menganggap susu akan terus banyak.
Pada hari pertama hingga ke empat, susu ibu yang dihasilkan dalam bentuk kolustrum.
Ia berwarna kekuningan dan sangat pekat.
Jadi, macam mana susu nak banyak. Pada sekitar waktu ni, hanya susu ibu iaitu kolustrum dihasilkan.
Jom kita lihat saiz perut baby setiap kali penyusuan
Saiz perut bayi hanya sebesar buah ceri pada hari pertama dilahirkan.
Jumlah susu yang diperlukan hanyalah 1 sudu kecil iaitu 5ml setiap kali penyusuan.
Oh, kecik sangatkan.
Patutlah Allah dah jadikan susu awal ibu iaitu kolesterum dalam kuantiti yang kecil dan memang semestinya cukup untuk bayi kita.
Pada hari ke tiga, setiap kali penyusuan kapasiti perut baby hanya boleh mencapai 1 auns.
Jadi, ibu- ibu jangan bersedih jika pada mulanya susu kita kurang. Saiz perut bayi sangat kecik dan susu kita memang cukup untuk bayi.
Namun begitu, susu ibu yang pada mulanya sikit ini akan bertambah sikit sekiranya ibu tidak mematuhi prinsip penyusuan sebenar.
Di sini Zie nak bagi tip penyusuan bagaimana susu yang sikit ini boleh jadi semakin banyak.
1. Demand on supply
Prinsip ni memang perlu difahami betul- betul.
Susu ibu menjadi semakin banyak sekiranya permintaan bayi terhadap susu ibu adalah tinggi.
Untuk memastikan permintaan susu ibu adalah tinggi, ibu kena kerap menyusukan bayi.
Sekiranya susu ibu masih sedikit, kerapan juga penyusuan. Moga moga makin susu diberi, susu ibu semakin banyak.
2. Kosongkan payudara
Ibu perlu kosongkan payudara. Jangan sesekali biar payudara ibu penuh atau susu terlampau banyak. Jika ini berlaku, kerapkan sesi penyusuan dan boleh pam susu tersebut.
Susu yang dipam, jangan dibuang pula. Simpan susu tersebut dan bolehlah guna nanti bila ada kes kecemasan.
Setiap kali sesi penyusuan juga, ibu kena pastikan payudara benar benar kosong sebelum menawarkan payudara sebelah lagi.
Analoginya pengosongan payudara macam ni. Sebuah pam tandas yang bila kosong kerana ditarik, akan ada air yang mengisinya semula.
3. Yakin susu anda mencukupi untuk bayi
Ibu perlu yakin setiap ibu mampu menyusukan anak melainkan masalah tertentu sahaja. Masalah tu pula hanya sedikit ibu yang mengalaminya. InsyaAllah Zie akan kongsi artikel seterusnya. Jadi yakin lah para ibu, kita mampu menyusukan anak selama 2 tahun. Susu kita juga semestinya cukup untuk anak kita.
Susu kita memang dihasilkan mengikut permintaan anak masing- masing. Bila kita set pada minda bawah sedar bahawa susu cukup untuk anak kita, badan akan bekerja keras untuk merealisasikannya
4. Katakan tidak pada susu formula
Ha, katakan tidak pada susu formula. Ye, Zie tahu bukan berdosa kita bagi susu formula.
Tetapi selagi kita belum berusaha untuk membanyakkan susu, jangan beri lagi susu formula.
Satu rahsia yang ramai ibu belum tahu, dengan ' top up' susu formula menyebabkan permintaan bayi terhadap susu ibu menjadi kurang.
Bila permintaan susu ibu kurang, maka semakin sedikit susu ibu dihasilkan.
5. Betulkan cara perlekapan bayi terhadap payudara
Ibu- ibu perlu tahu cara perlekapan bayi terhadap payudara yang betul. Boleh tahu ilmu ini melalui buku, internet dan orang ang lebih berpengalaman.
Ini untuk mengelakkan payudara melecet. Jika payudara melecet ibu perlu menyapu krim yang sesuai dan selamat untuk bayi. Perlekapan yang betul dapat membantu emosi ibu agar tidak stress dan seterusnya dapat membantu penyusuan.
6. Minum 3 liter air
Ibu perlu minum air sekurang- kurangnya 3 liter. Banyaknye, bolehkkah minum air sebanyak tu semasa pantang?
Semestinya boleh. Ibu perlu minum sedikit demi sedikit dan bukannye sekaligus. Air ni sangat penting kerana kompenen terbesar susu adalah air.
7. Elak stress dan letih
Jangan stress sekiranya susu sedikit. Ada juga ibu stress kerana bayi ingin menyusu lama seakan - akan akan tidak puas. Stress boleh merencatkan penghasilan susu. Sekiranya ibu ade masalah sebaik- baiknya bincang dengan orang yang dipercayai.
Ye memang Zie akui , ibu menyusu mudah letih.
Penyusuan bayi menggunkan 500 kalori tambahan berbanding ibu yang tidak menyusu.
Untuk mengurangkan letih ibu boleh makan makanan seimbang. Lebihkan protein, sayur dan buahan- buahan. Sekiranya ibu khuatir tidak dapat mengambil makanan seimbang, ibu boleh cuba vitamin set tambah susu di sini.
8. Banyakkan pengambilan makanan protein, kalsium dan makanan penambah susu
Seperti yang Zie beritahu sebelum ni, ibu menyusu memerlukan lebih banyak protein. Ini kerana untuk mengelakkan letih. Protein juga merupakan antara kompenen utama susu ibu. Sekiranya ibu risau tidak dapat mengambil protein yang mencukupi, ibu menyusu boleh mencuba ESP Shaklee.
Selain protein, ibu menyusu memerlukan kalsium yang tinggi iaitu lebih 1200mg kalsium sehari. Kekurangan kalsium boleh menyebabkan ibu mudah lenguh, sakit pinggang dan risiko kehilangan gigi lebih awal. Ibu menyusu perlu minum sekurang- kurangnya 4 gelas susu sehari. Sekiranya tak minum susu, ibu boleh mengambil pil kalsium Ostematrix.
Milkbooster juga penting. Ibu menyusu boleh amalkan kurma, kismis dan apa sahaja makanan yang memperbanyakkan susu badan. ESP dan alfafa juga salah satu milkbooster yang bukan sahaja dapat memperbanyakkan susu, malah dapat menguruskan badan jika diambil dengan cara yang betul.
0 comments:
Post a Comment