Assalamualaikum.
Apa khabar semua. Zie doakan moga pembaca blog suzysyahimi berjaya di dunia dan akhirat.
Hari ni Zie nak kongsikan 9 tip kurangkan letih masa mengandung.
Tip ni bukan sahaja untuk mommies yang mengandung malah mommies yang tak mengandung pun boleh cuba tip ni.
Lazimnya mommies yang mengandung sering dikaitkan dengan mudah letih dan selalu tidurkan?
Ye lah dah mengandung kena jaga suami dan anak pula- pula. Tapi jangan menyesal ye mommies, tugas tu memang banyak pahala Allah bagi jika mommies ikhlas dan sabar.
Sekarang ni pula memang ramai mommies yang bekerja. Jadi bertambah lah rasa letihnya kan?
Jangan risau mommies.
Cuba tip ni.
Zie cedok ilmu ni daripada rakan blogger yang lain.
Ada yang Zie amalkan.
Alhamdulillah memang berkesan untuk Zie.
9 tip kurangkan letih masa mengandung
1. Sarapan
Sarapan boleh meningkatkan metabolisma badan. Sarapan juga boleh meningkatkan daya tumpuan mommies untuk melakukan sesuatu kerja. Jangan sesekali tinggalkan sarapan.
2. Banyak minum air kosong
Mommies digalakkan minum air kosong 8 gelas sehari. Kurangkan minum air manis mommies untuk elak GDM masa hamil. Untuk mengetahui risiko dan cara atasi kencing manis semasa mengandung jemput baca DI SINI
3. Tidur awal, bangun awal
Cuba tidur awal dan bangun awal keesokkan harinya.
Ia adalah sunnah Nabi Muhammad S.A.W
Mommies yang tidur lewat biasanya akan bangun lewat pada keesokkan harinya.
Biarpun begitu, ada juga yang bangun awal walaupun tidur lewat pada sebelah malam.
Keadaan macam ni menyebabkan mommies tak cukup tidur dan rasa lesu keesokkan harinya.
4. Qailullah
Mommies pernah dengar tak Qailullah ni?
Zie rasa ramai yang pernah dengarkan?
Qailullah ni tidur sekejap pada waktu tengahari.
Biasanya kita tidur sekejap dalam 30 minit gitu sebelum menunggu masuk waktu Zohor.
Qailullah ni sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
Dulu zaman Zie belajar kat kampus memang selalu buat.
Best sangat. Kita akan rasa segar, cergas dan bertenaga sepanjang hari.
Ada kajian saintifik yang menunjukkan bahawa Qailullah dapat meningkatkan tenaga, tumpuan dan produktiviti.
Satu je Zie nak pesan, mommies jangan terbabas tidur pada waktu ni ye.Hihi.
5. Makan sikit tapi kerap
Makan sikit tapi kerap dapat meningkatkan metabolisma badan.
6 Elak stress
Elak stress mommies. Semua manusia ada masalah masing- masing. Cuma bezanya cara kita mengendalikn stress. Ada orang terlalu memikirkan masalah sampai tak boleh buat sesuatu benda pun. Keadaan macam nilah yang menyebabkan kita rasa letih dan lesu
7. Makan makanan berkhasiat
Klik DI SINI untuk mengetahui diet sihat ibu hamil. Mommies makan makanan berkhasiat dan elakkan makanan ringan seperti mi segera, keropok dan lain- lain.
8. Naikkan Hb
Biasanya bila Hb rendah, mommies akan cepat letih. Jemput baca tip naikkan Hb DI SINI
9. Boleh cuba Set Kehamilan Shaklee
Jemput baca Set Kehamilan Shaklee mengurangkan alahan semasa mengandung DI SINI
Ada 21 tip yang Zie kongsikan untuk kurangkan alahan semasa mengandung.
Ada sesetengah ibu mengandung mengalami alahan yang terlampau kuat.
Tak berselera nak makan.
Bila ini terjadi, mommies akan kekurangan nutrisi.
Mommies menjadi cepat letih dan lesu .
Untuk mencukupkan keperluan nutrisi semasa mengandung, mommies boleh cuba Set Kehamilan Shaklee.
Set Kehamilan terbukti berkesan untuk kurangkan letih semasa megandung.
Set Kehamilan Shaklee
Testimoni Set Kehamilan Shakle
1. Bertenaga walaupun hamil dan menyusu
2. Hanya amalkan ESP, bertenaga dan cergas
3. Sihat bertenaga, muka berseri, sakit pinggang berkurangan dan susah nak demam.
Ambil ESP masa berpuasa : Kurang lapar, bertenaga dan dapat puasa penuh.
Sekian sahaja hari ini. Zie ucapkan semoga mommies yang mengandung harungi detik kehamilan dengan gembira.
Nak dapatkan Set Kehamilan Shaklee boleh hubungi Zie 013 9897720.
Ingin
mendapatkan suplemen terbaik untuk keluarga?
Ingin
menjana pendapatan 3-4 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi
Zie
Free
Consultation
Affordable
Price And
Bussiness
Opportunity With Shaklee!!!
Suzy
Erniza Ismail
Shaklee ID
(1141937)
hannanaufal@yahoo.com
013
9897720 (call, sms)
0 comments:
Post a Comment