Susu adalah sumber kalsium terbaik
Assalamualaikum.
Saya doakan pembaca blog suzysyahimi sihat sejahtera, dimurahkan rezeki dan berada dalam lindungan Allah selalu.
Hari Zie nak berkongsi satu artikel yang ditulis oleh Oleh NIZHA PERIASWAMY untuk http://www.kosmo.com.my .
Saudari Niza telah menulis tentang kepentingan kalsium daripada pandangan seorang doktor iaitu Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ) iaitu Dr. Delilah Ahmad.
“Saya
terkejut apabila ada doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil
kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan.
Kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi,
folik, potasium dan lain-lain,” kata pembuka Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad.
Beliau
yang mahu semua ibu hamil tidak memandang remeh keperluan kalsium juga
berharap agar golongan suami turut mengambil peranan mengingatkan
pasangannya.
Apabila
berjumpa doktor dalam sesi pemeriksaan, pasangan dinasihatkan agar
jangan segan untuk meminta pil kalsium di samping mengamalkan diet
tinggi zat kalsium.
“Sebanyak
75 peratus ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang
mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka
khususnya pada semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat
melahirkan anak,” kata beliau.
Jelas
Delilah, ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram
kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang
diperlukan orang dewasa.
Ia bermakna seseorang itu perlu mengamal pengambilan susu segar sebanyak satu liter setiap hari. Delilah yakin, ibu-ibu sekarang kurang mengamalkan pengambilan susu, sama ada tidak meminatinya atau ada pula yang mempunyai masalah tidak boleh bertoleransi dengan laktosa.

“Jika
ibu-ibu hamil ini tidak suka mengambil susu, saya percaya terdapat
banyak susu berperisa di pasaran khas untuk mereka. Pengambilan keju,
dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu juga boleh diamalkan bagi
menggantikan susu.
“Selain
produk tenusu, ibu-ibu hamil boleh mengambil makanan pejal yang tinggi
zat kalsium termasuk sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bilis, salah
satu makanan yang mempunyai kandungan kalsium paling tinggi,” katanya.
Kata
Delilah, walaupun ibu-ibu itu dibekalkan dengan pil kalsium, mereka
tetap perlu mengamalkan diet sumber asli seperti yang di senaraikan itu.
Kalsium
yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi
ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi
secara fizikal.
Selain
itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi
impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.
“Banyak
penyelidikan dan kajian, atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang
disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium
yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala
tekanan darah tinggi,” terang Delilah.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, kaum wanita perlu mengambil kalsium secukupnya semasa hamil, bersalin dan menyusu.
Mommies perlu minum 4 gelas susu sehari atau makanan yang kaya dengan kalsium.
Kalau ada alahan tak boleh minum susu mommies boleh cuba pil kalsium yang selamat seperti Ostematrix
Sekian, terima kasih.
Jemput baca cara Zie mencukupkan kalsium semasa hamil di sini DI SINI
Jemput baca juga kisah benar seorang wnita kehilangan gigi pada usia muda DI SINI
Berminat nak cuba pil kalsium semulajadi?
Hubungi Zie 013 9897720
ID Shaklee 1141937
FB Zie Erniza

2 comments:
susu mmg bagus untuk badan kita kan. :)
susu mmg bagus untuk badan kita kan :)
Post a Comment