Assalamualaikum.
Semoga pembaca yang baca blog suzysyahimi kaya dan berjaya selalu.
Hari ni Zie nak share ilmu tentang berpantang yang Zie amik daripada fb Eza Tuah. Zie minta halalkan ilmu ni. Zie nak share kat sini. Semoga bermanfaat pada ibu semua.
Kepada bakal-bakal ibu yang bakal lalui tempoh berpantang bersalin atau keguguran, bacalah petua-petua & nasihat semasa dalam pantang & selepas pantang semoga anda tidak mudah tertekan semasa dalam pantang.
1. Untuk ( 7 ) hari pertama atau semana boleh, makan makanan yang lembut, mudah hadam dan berserat seperti nasi, oat mill dll kerana ia akan melancarkan sistem panghadaman dan memudahkan pembuangan air besar.
Elakkan makan makanan yang sukar dihadam dan berminyak atau pedas seperti nasi, sambal dan lain- lain kerana ia akan menyebabkan usus pedih dan sembelit.
Contohnya, sekiranya masak bubuh pastikan ayam atau sayur-sayuran yang dimasukkan hendaklah dipotong kecil-kecil dan lembut untuk mudahkan penghadaman.
2. Seboleh mungkin, banyakkan pilihan makanan dari kalangan sayur-sayuran yang direbus atau makanan yang dipanggang, atau dibakar berbanding makanan yang digoreng.
Elakkan makan makanan yang masam atau berasid.
Pastikan pemakanan seimbang ada sayur-sayuran, karbohidrat dan protein. Makan makanan yang lebih serat supaya membantu sistem penghadaman dan melawaskan pembuangan air besar.
Elakkan makanan yang masin kerana ia akan menyebabkan badan anda mudah tersimpan air dan mula memboyak.
Sekiranya makan ulam, pastikan kebersihan dijaga dan dicelur dahulu sebelum makan untuk elakkan badan berangin.
3. Minum air masak segelas setiap sejam atau 2-3 liter air sehari kerana ia membuat anda cergas dan mengekalkan tenaga.
Jangan takut anda tidak akan boyak dengan minum air kerana ia akan mengembalikan bentuk badan anda serta mengempiskan perut.
Air masak putih juga akan menolak lebihan air didalam badan. Elakkan atau kurangkan minum air masak selepas pukul lapan malam. Ini untuk mengelakkan lebihan air atau ' water retention' dalam badan.
Hindari minuman-minuman berkafein, bergas atau beralkohol kerana ia akan mengurangkan cairan tubuh anda.
4. Untuk tujuh (7) hari pertama lap badan dengan air suam dan jangan mandi dahulu kerana badan sedang sakit dan urat membengkak.
Hari-hari seterusnya mandi sekali sehari sebelum pukul (9) pagi dan lap badan pada waktu petang. Ini adalah untuk mengelakkan diri dari jadi boyak dan kembang.
5. Jangan menjerit atau mengangkat benda-benda berat, jangan panik dan cuba jangan terperanjat dalam masa sebulan.TAKUT BENTAN.
Rehatkan diri dan tidur secukupnya untuk kembalikan stamina. Sentiasa pakai stokin dan berselipar didalam rumah.
6. Elakkan sebarang aktiviti yang meneran atau mencangkung.
Ini adalah untuk penjagaan rahim untuk tidak mudah jatuh atau longgar.
Sekiranya sukar membuang air besar, mulakan pemakanan dengan mengambil makanan yang lembut dan mudah hadam. Sekiranya makan-makanan berat pastikan dikunyah sehingga betul-betul hancur baru ditelan.
7. Sentiasa menjaga kebersihan diri. Tukar pakaian yang berbau dan berpeluh. Sentiasa memakai minyak wangi atau bau-bauan yang disukai sepanjang pantang. Ini adalah untuk membantu menstabilkan emosi.
Selain itu, syaitan dan jin-jin tidak suka akan wangi-wangian. Kebersihan dan berwangian-wangian adalah tuntutan agama Islam.
8. Ingat anda sebenarnya sakit dan jangan bebankan diri dengan tugasan yang berat. Belajar agihkan tugasan menjaga bayi atau apa-apa sekalipun dengan suami atau ahli keluarga anda.
Elakkan bersendirian kecuali tidur, sentiasa berbincang dengan orang tersayang sekiranya ada masalah atau bila emosi mula tidak stabil.
9. Anda boleh berurut badan untuk melegakan badan. Tapi kami nasihatkan jangan bersengkak / berurut dahulu di bahagian perut, rahim dan punggung. Ini kerana rahim tengah cedera dan membengkak. Kalau boleh tunggu selepas pantang apabila rahim telah kembali ke saiz asal / normal.
10. Sekiranya ANDA BENTAN ambil (2) ulas bawang putih dan dititik bersama kulit. Sapu bawang putih tersebut pada kuku jari tangan dan jari kaki selalu.Ini akan dapat melegakan kebentanan anda.
Orang bentan selalu rasa badan sejuk dan macam nak demam. Sebab itu, digalakkan tidak mandi untuk permulaan pantang selama seminggu.
Tetapi hanya lap badan dengan air suam sebersih mungkin. Ini untuk mengelakkan bentan. Sekiranya teruk berjumpa dengan doktor.
11. Lakukan urutan magis keatas bayi anda untuk mengelakkan bayi kembung dan berangin, serta melicinkan kulit bayi bebas daripada kurap susu atau kurap sawan.
Disamping itu urutan mampu menjalin hubungan yang rapat diantara ibu dan bayi. Elok untuk perkembangan fizikal dan mental bayi anda.
Kami hanya menasihati, samada anda ingin mengikuti atau tidak terletak pada diri anda. Apa-apa pun kami hormati pilihan dan pendirian anda.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Ingin
mendapatkan suplemen terbaik untuk keluarga?
Ingin
menjana pendapatan 3-4 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi
Zie
Free
Consultation
Affordable
Price And
Bussiness
Opportunity With Shaklee!!!
Suzy
Erniza Ismail
Shaklee ID
(1141937)
hannanaufal@yahoo.com
013
9897720 (call, whatsapp)
0 comments:
Post a Comment