Friday, December 30, 2016

Assalamualaikum.

Hari ni adalah hari terakhir pada tahun 2016. Mommies dah ada impian tahun baru ke? Zie harap kita sama sama muhasabah diri. Kalau ada impian mommies tahun ni yang tak tercapai, Zie doakan moga impian tersebut tercapai tahun 2017.

Hari ni Zie nak berkongsi kepentingan kalsium untuk ibu hamil. 

Ramai antara mommies semua yang kekurangan kalsium semasa hamil. 

Ramai juga yang masih keliru kepentingan kalsium semasa hamil.

Lebih- lebih lagi klinik kerajaan hanya membekalkan zat besi, vitamin C dan asid folik pada mommies yang hamil.

Nampak macam tak pentingkan. 

Jika ada mommies berpendapat begitu, ia memang salah sama sekali.


Berapa keperluan kalsium semasa hamil

Ok la mula - mula sekali mommies kena tahu berapa jumlah keperluah kalsium semasa hamil?

Sama dengan mommies yang tak hamil ke?

Mestilah berbezakan?
 
Mengikut U.S Recommended Daily Allowance (USRDA), keperluan kalsium setiap hari ialah1200mg bagi wanita hamil berumur 24 tahun ke bawah.

Bagi wanita hamil berumur 24 tahun ke atas pula ialah 1200-1500mg kalsium setiap hari. 



Apa yang terjadi jika tidak mengambil cukup kalsium setiap hari

Sekiranya wanita hamil tidak mengambil kalsium yang cukup, kalsium diambil daripada tulang dan gigi.

Si comel dalam kandungan memerlukan pembentukan tulang dan gigi yang kuat.

Nak tak nak, kalau mommies tak ambil kalsium mencukupi, si comel akan mencuri daripada tulang mommies. 


Kenapa kalsium penting semasa hamil

 1. Mengurangkan risiko kehilangan gigi di usia muda. Baca kisah benar wanita kehilangan gigi di usia muda. DI SINI

2. Mengurangka pre- eklampsia ( tekanan darah tinggi dan lebih protein dalam urin)

3. Mengurangkan risiko  menghidap osteoporosis.

4. Mengurangkan komplikasi semasa bersalin dan meneran.

5. Menguatkan pembentukan tulang dan gigi janin.

6. Menguatkan tulang ibu bagi menampung berat janin yang semakin membesar.

7. Mengurangkan kejang otot ibu, lenguh - lenguh semasa hamil.

8. Membantu pembekuan darah.

9.Menstabilkan transmisi impul saraf dan merehatkan otot semasa kontraksi.

 Tanda kekurangan kalsium semasa hamil

Antara tanda kekurangan kalsium semasa hamil ialah

1. Mengalami cramp kaki semasa tidur

2. Lenguh lenguh tulang

3. Sengal gigi dan kerosakan gigi

4. Sakit belakang, pinggang dan lain lan. Boleh baca tip elak sakit belakang  DI SINI



Sumber kalsium semula jadi

Di bawah ni contoh makanan yang kaya dengan kalsium.

Mommies boleh ambil 4 kali sehari hidangan makanan yang kaya dengan kalsium
 

 

Tak minum susu?

 Mommies boleh cuba Ostematrix ( pil kalsium semulajadi).





Kelebihan Ostematrix

1. Ostematrix bukan sahaja mengandungi kalsium semata- mata.
 Ostematrix turut mengandungi Magnesium dan Vitamin D untuk penyerapan kalsium yang lebih efisyen.

2. Ostemarix juga mengandungi boron, manganese, copper dan zink untuk mengaktifkan enzim dalam pembentukan tulang yang kuat. Semua mineral ini penting untuk mengelakkan endapan sesetengah mineral dan seterusnya menyebabkan penyakit batu karang.

3. Pil Ostematrix mudah hancur sejurus masuk dalam badan. Ini dapat mengelakkan penyakit batu karang. Di pasaran memang banyak pil kalsium yang lambat hancur dalam badan.

4. Semestinya halal dan mendapat kelulusan daripada JAKIM.

5. Pil Ostematrix dibuat daripada mineral semulajadi dan  garam mineral dari laut mati. 

Sayangi diri anda. Elakkan daripada terkena silent killer iaitu Osteoporosis. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk mommies.

Jemput baca Pil kalsium selamat ibu mengandung
 
Kepentingan kalsium semasa hamil pandangan seorang doktor 

  
 Ingin mendapatkan suplemen terbaik untuk keluarga?

Ingin menjana pendapatan 3-4 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Zie

Free Consultation
Affordable Price  And
Bussiness Opportunity With Shaklee!!!

Suzy Erniza Ismail
Shaklee ID (1141937)
hannanaufal@yahoo.com
013 9897720 (call, sms)


 

 
  
 

 










Wednesday, December 28, 2016



                                                            Gambar hanya hiasan

Puan Sally ( bukan nama sebenar) pengguna setia Ostematrix selepas satu kejadian tak dapat dilupakan nya.

Ikuti kisahnya.



Saya seorang wanita biasa tapi punya senyuman yang agak menawan. Gigi saya tersusun rapi. 

Mak selalu bilang ;


 "Muka tak cantik tak apa, asalkan gigi cantik".
Saya tak pernah sakit gigi selepas umur saya 4 tahun. 

Bila ada rakan mengadu sakit gigi, saya seakan dah tak ingat macam mana rasa sakit gigi.

Masa saya kanak- kanak, mak selalu check gigi saya. Lap mana- mana gigi yang berkarat.

Sayang mak saya. Moga Allah jasa mak.

Zaman dewasa

Bila saya semakin dewasa, saya dapat rasa gigi ada yang berlubang. 

Saya dah kurang jaga kebersihan gigi.

Bila makan tak berkumur pun.


Mak ada juga bertanya, " Gigi ada berlubang tak?

Kalau ade kena cepat cepat simen."

Saya tipu mak.


"Tak ade. Semua ok."

Salah saya juga, saya ingatkan gigi yang berlubang ni tak berjangkit kuman dengan gigi di sebelahnya.

Rupa- rupanya berjangkit.

Mulut saya agak berbau. Malu juga pada kawan kawan

Tak pernah jumpa doktor gigi selepas di sekolah rendah.

Saya memang tak pernah jumpa doktr gigi.

Kali terakhir saya jumpa doktor gigi masa saya dalam darjah 5.

Itu pun masa doktor gigi buat lawatan kat sekolah.

Berkahwin dan mengandung

Bila berkahwin tak lama kemudian mengandung. Susu tak boleh minum kerana alahan masa mengandung.

Saya dah mula rasa sengal gigi. Gigi dah berlubang agak besar.

Tapi saya masih degil tak mahu jumpa doktor.

Saya selalu kena simpul biawak masa mengandung. 

Kemudian bila bersalin, masuk zaman fasa menyusu.

Bila menyusu, kalsium banyak digunakan juga.

Saya tetap tak minum susu.

Entahlah masa tu tak pikir sangat yang saya sangat kekurangan kalsium

Mengandung  lagi

Tak lama kemudian, belum anak sulung cukup setahun saya mengandung lagi.

Kali ni bukan sahaja sengal gigi, saya dah mula sakit gigi.

Ya Allah , azabnya.

Baru tahu betapa sakit nya rasa sakit gigi ni.

Masa tu baru terhegeh- hegeh jumpa doktor gigi.

Ya  Allah, masih ada tak harapan ku lagi?

Alhamdulillah, doktor beritahu masih boleh simen gigi.

Tapi, malang juga buat saya sebab peralatan tak cukup jadi doktor hanya membuat tampalan sementara.

Saya disuruh pulang dan datang semula pada tarikh yang ditetapkan.

Gigi berlubang tersebut patah


Ya, gigi saya patah. Sedikit demi sedikit.

Saya telah langgar pantang larang doktor yang tak  bagi menggunakan gigi tamplan sementara untuk mamah makanan.

Saya pun seakan berputus asa. Saya tak pergi temujanji doktor

Gigi saya dah patah, mana bleh simen lagi.

Gigi tersebut patah sikit demi sedikit dan akhirnya bila saya 29 tahun gigi tersebut patah sepenuhnya.

Tinggal tunggul sahaja.

Pada usia yang agak muda,  saya telah sebatang gigi di hadapan.

Malu menguasai diri

Rasa malu memang tak boleh dibendung lagi.

Senyum saya dah tak semanis dulu.

Nasib baik suami dapat menerima.

Saya malu pada ibu, ibu mertua, adik beradik dan ipar duai. 

Saya malu pada semua orang.

Ikhtiar

Ye , gigi yang Allah bagi ni memang tak sama dengan ciptaan manusia.

Saya berusaha untuk membuat gigi palsu.

Saya menampal semua gigi yang rosak.

Saya juga ambil pil kalsium Ostematrix untuh menampung kekurangan kalsium.

Alhamdulillah banyak perubahannya.

Saya tak sengal gigi lagi kalau mengandung.

Saya tak sakit gigi juga.

Bonus tambahan elak sembelit masa peknen, lenguh tulang dan simpul mengkarung.

Alhamdulillah. 

Kepada ibu di luar sana, jagalah anugerah dari Allah iaitu gigi.

Allah memberi pinjaman, kita haruslah menjaga sebaik baiknya.

Bersyukurlah apa yang ada.

Sekian



Begitulah kisah Puan Sally. Semoga memberi pengajaran momies kat luar sana.

Momies nak cuba Set Kehamilan Shaklee atau vitamin Ostematrix yang awesome?

Hubungi Zie 013 9897720

Sembang sembang dengan Zie di FB Zie Erniza

ID Shaklee 1141937

Sahabat Kesihatan Anda










Assalamualaikum

Zie ucapkan tahniah pada mommies yang mengandung. Semoga enjoy dengan detik- detik kehamilan ini. 

Hari ni Zie nak berkongsi dengan mommies cara nak elak anak cacat dalam kandungan.

Kita semua nak anak kita sihat dan normalkan. Caranya kita berusaha dan selebihnya berserah pada Allah.

1. Fikir yang baik-baik untuk anak kita. Fikir yang positif sahaja. 

Contohnya anak aku comel, anak aku sihat. Aku sedang mengandungkan anak yang soleh. Semoga anak ini menjadi aset apabila aku tiada nanti.




Jangan sekali fikir yang negatif. Semoga kandungan mommies sihat dan membesar dengan normal. Sebenarnya apabila kita berfikiran negatif ia menjadi doa buat kita sendiri.

2.  Makan makanan yang berkhasiat
Jemput baca diet ibu hamil di sini


 3. Elakkan kafein
Kafein terdapat dalam minuman seperti teh dan kopi perlu dikurangkan

4. Jangan ambil ubat sembarangan
Rujuk doktor dahulu. Ada ubat yang yang tidak boleh diambil semasa mengandung kerana membahayakan kandungan.

Dapatkan nasihat daripada dktor untuk dos dan ubat yang selamat diambil semasa mengandung

5. Berhenti merokok
Zie percaya ramai mommies yang tak merokok kan?

Tapi masalahnya mungkin suami atau ayah yang merokok.

Kalau suami yang merokok beritahu kesan asap rokok pada kandungan. Berhenti merokok atau elakkan merokok semasa bersama mommies.

6. Ambil asid folik
Ia penting diambil  sebelum dan semasa awal kehamilan.

Mommies tau tak sesiapa yang merancang untuk hamil perlu makan asid folik 3-6 bulan sebelum kehamilan.

Bila dah hamil pula, asid folik sangat penting pada trismester pertama.

Keperluan asid folik sebelum kehamilan ialah 400 mcg sehari manakala semasa hamil 1000mcg setiap hari.

Asid folik boleh melindungi bayi daripada kandungan daripada kecacatan saraf (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida dan kecacatan otak.

Spina bifida berlaku apabila pelindung yang menutupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini bleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Di US, statistik menunjukkan dalam 1000 kelahiran, seorang bayi akan mengalami kecacatan Spina Bifida. 
Kajian menunjukkan kecacatan saraf tunjang boleh dikurangkan 50-70 peratus jika mommies mengambil asid folik sebelum mengandung dan semasa trimester pertama.



Gambar kanan dan kiri menunjukkan kecacatan otak manakala gambar yang ditengah-tengah menunjukkan kecacatan saraf tunjang.

 Macam mana nak dapatkan asid folik terbaik?

Di dalam set kehamilan Shaklee terdapat viamin B Complex yang merupakan sumber asid folik terbaik.

Mengapa Zie terbaik?

B complex Shaklee mengandungi 8 vitamin iaitu B 1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana yang dinyatakan dalam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama). 

Selain tu B Complex Shakee mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin.

Ianya juga adalah semulajadi dan bukan sintetik.





Sekian sahaja perkongsian hari ini. 

Kalau mommies nak try  Set Kehamilan Shaklee atau B Complex Shaklee boleh hubungi Zie.

Semoga bermanfaat.

Zie Erniza    013 989720
Shaklee ID  1141936
Fb Zie Erniza

Sahabat Kesihatan Anda



Tuesday, December 27, 2016





Assalamualaikum pembaca blog yang Zie hormati.

Zie doakan semoga pembaca semua dirahmati Allah selalu.

Hari ni Zie nak berkongsi tentang Kencing Manis Semasa Mengandung.

Dalam bahasa sains kencing manis semasa mengandung dipanggil Gestational Diabetis Melitus (GDM) .


Macam mana nak tau sama ada mommies ade kencing manis semasa mengandung?

Jawapannya ialah dengan membuat ujian minum air gula.

Ujian air gula ni dinamakan juga Modified Glukosa Tolerance Test (MGGT).

Sejak tahun 2013, Kementerian Kesihatan Malaysia mewajibkan semua ibu hamil menjalani ujian MGGT.

Ini disebabkan kes diabetis dan obesiti di kalangan rakyat Malaysia semakin serius.

Biasanya, 4 % daripada mommies yang mengandung terkena kencing manis.

Kencing manis semasa mengandung biasanya dikesan pada bulan ke 6 atau ke 7 kehamilan 
( di antara minggu ke 28 dan minggu ke 34 )

Macam mana mommies nak tau simpton terkena kencing manis semasa mengandung

Tanda- tanda kencing manis semasa mengandung

1. Cepat letih

2. Dahaga yang melampau

3. Keinginan yang tinggi pada makanan manis

4. Sering buang air kecil walaupun sedikit

5. Penglihatan semakin kabur

 Dahaga yang melampau salah satu simpton kencing manis semasa mengandung.

Kalau mommies ada tanda -tanda kat atas ni, sila berjumpa doktor dengan segera ye.

Kenapa mudah terkena kencing manis semasa mengandung?

Hairan kan mommies, sebelum mengandung kita tiada kencing manis. Tapi bila kita mengandung tak semena- mena kena kencing manis.

Sebenarnya, semasa mommies mengandung, plasenta akan menghasilkan hormon lactogen plasental human, estrogen, progesteron, kortisol dan prolaktin.

Semua hormon ini akan menyebabkan insulin kurang berfungsi.

Hormon insulin ini dirembes oleh sel pankreas dan berfungsi untuk menyeimbangkan paras gula dalam darah.

Semasa mommies mengandung, pankreas terpaksa bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak insulin bagi mengatasi masalah insulin yang kurang berfungsi kerana kehadiran hormon yang dihasilkan plasenta.

Sekiranya persediaan sel pankreas puan bagus, insulin yang dihasilkan meningkat dan memenuhi keperluan  semasa mengandung.

Namun jika persediaan pankreas terhad (tak dapat menghasilkan insulin dengan lebih banyak) paras gula dalam darah akan meningkat.

Maka terjadilah kencing manis semasa mengandung ( Diabetis Gestational ).

Mommies yang terkena kencing manis semasa mengandung kena berhati- hati kerana kencing manis semasa mengandung boleh memberi kesan besar pada ibu dan anak.

Jom kita lihat kesan kencing manis semasa mengandung kepada ibu dahulu.



                                             Tengok gambarajah lebih senang kan?

Risiko Kencing Manis Semasa Mengandung Kepada Ibu

1. Boleh menyebabkan hiperglisemia iaitu kadar gula yang berlebihan

2. Jangkitan kuman pada faraj seperti keputihan dan gatal- gatal

3. Risiko keguguran

4. Air ketuban yang berlebihan

5. Preeklampsia atau hipertensi teruk

6. Retinopati atau kerosakan retina pada mata

7. Kegagalan fungsi buah pinggang

8. Memerlukan proses kelahiran secara pembedahan kerana bayi terlalu besar


Risiko Kencing Manis Semasa Mengandung Kepada Bayi

1. Bayi dilahirkan dengan berat badan berlebihan atau makrosomia

2. Mati dalam kandungan atau intra uterine death

3. Lemas semasa lahir hingga boleh menyebabkan kerosakan otak

4. Kecederaan pada saraf di bahagian bahu atau dystocia.

5. Terdedah jaundis yang berpanjangan selepas kelahiran

6. Bayi mengalami masalah pernafasan selepas kelahiran

7. Hipoglisemia atau gula yang sangat rendah dalam darah selepas kelahiran 

8. Paras serum kalsium dan magnesium terlalu rendah selepas kelahiran

9. Bayi berisiko tinggi mengidap kencing manis apabila dewasa 

Siapa Berisiko Mendapat Kencing Manis Semasa Mengandung

Ada beberapa golongan yang berisiko untuk terkena kencing manis semasa mengandung.

Cuba mommies check samada mommies termasuk dalam golongan ini.  

1. Mereka yang obesiti dengan BMI melebihi 30.

2. Mereka yang mempunyai sejarah kencing manis semasa mengandung

3. Air kencing di kesan mengandungi gula

4. Tekanan darah tinggi

5. Kelahiran kembar

6. Berumur 35 tahun ke atas

7. Mempunyai sejarah diabetis dalam ahli keluarga.

Cara atasi kencing manis semasa mengandung
 
2 perkara yang mommies kena buat sekiranya terkena kencing manis semasa mengandung

1. Jaga pemakanan
2. Bersenam setiap hari

Namun begitu daripada 5 orang terkena kencing manis semasa mengandung  1 orang terpaksa menggunakan suntikan hormon insulin untuk mengawal gula dalam darah.

Maklumlah mommies dah jaga makan dan bersenam setiap hari, tapi tak jalan jugakkan?

Gula dalam darah tetap tinggi jugakkan.

Jadi terpaksalah mommies kawal gula dalam darah dengan cara suntikan  hormon insulin. 

Jaga Pemakanan  

Macam mana pemakanan mommies yang terkena kencing manis semasa mengandung?

1. Ambil sarapan pagi dengan makanan yang mempunyai Glysemic Indexs yang rendah.

Apa yang dimaksudkan Glysemic Indexs?

Glisemic Indexs ialah ukuran kepantasan makanan diserap menjadi gula dalam darah kita. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik (GI) yang tertinggi manakala karbohidrat dengan GI yang rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan kita.



Carta menunjukkan senarai makanan dengan GI masing - masing.
Ingat ye mommies, makanan yang mempunyai GI yang rendah sangat elok untuk mommies yang ada kencing manis semasa mengandung.

2. Makan 5- 6 kali sehari

Mommies kena makan kerap tapi dengan kuantiti yang kecil sahaja. Biasanya 3 hidangan utama dan 2 hidangan sampingan iaitu makan lebih kurang 10 pagi dan makan  pada waktu petang.


3.Jangan tinggal waktu makan

Mommies kena makan pada waktu kebiasaan makan. Jangan sesekali tinggal waktu makan. Contohnya mommies tak bersarapan pagi. Mommies kebiasaannya akan terbabas makan lebih banyak pada waktu tengahari.
Selain itu, kelebihan tak tinggal waktu mkan ialah dapat menstabilkan gula dalam darah.  
 
4. Kurangkan gula dalan makanan dan minuman.
Mommies kena kurangan pengambilan minuman manis dan banyakkan minum air kosong.
 Kurangkan makan benda manis.

 5. Kurangkan pengambilan lemak tepu dalam makanan
Mommies boleh amalkan pemakanan yang sihat iaitu perbanyakkan makanan yang direbus dan dibakar.

Mommies pula boleh gantikan minyak masak kelapa sawit dengan minyak zaiton dalam masakan. 

Tapi jangan pula menggoreng dengan minyak zaiton ye. Minyak  zaiton atau minyak seangkatan dengannya seperti minyak jagung, tak elok untuk menggoreng. Boleh menyebabkan kanser pulak nanti.
 
6. Makan makanan yang tinggi fiber
Contoh makanan ialah seperti oat. Makanan yang tinggi fiber akan membuat kita kenyang berpanjangan.

7. Makan makanan yang karbohidrat kompleks seperti nasi, mi, roti dan lain - lain.
Kurangkan makanan karbohidrat ringkas seperti gula, madu dan lain - lain. 

Senaman

Kita masuk bab senaman pulak ye. 
Sekurang - kurangnya momies kena bersenam 30 minit sehari. Cara nak bersenam pula ialah seperti mengemas rumah, berjalan kaki, senaman kegel dan lain- lain.
Senaman ni memang bagus iaitu untuk mengawal kalori dalam badan dan memudahkan proses bersalin nanti.

Mommies yang kena kencing manis semasa mengandung Zie cadangkan cuba guna  
Set Kehamilan Shaklee.

Dalam Set Kehamilan Shaklee ade :

1. Vitalea

Vitalea mengandungi kromium dan lain-lain vitamin penting. 

Kromium adalah mineral yang penting untuk membantu insulin bekerja dengan lebih efektif. 

Ia membantu sel badan bertindak balas dengan insulin dengan lebih baik. 

Justeru itu kromium dapat membantu mengekalkan tahap gula yang sihat.

2.  B complex

B complex sangat penting kepada pesakit diabetis.

B complex Shaklee mengandungi 8 kompenen penting vitamin B  iaitu vitamin B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan  100% biotin.

B complex Shaklee adalah semulajadi dan mempunyai kebolehbserapan yang sangat tinggi.

Fungsi utama b complex ialah menukar makanan kepada tenaga dengan lebih cekap.

Terdapat kajian di mana ibu mengandung yang mempunyai GDM diberikan vitamin b dalam diet mereka. Selang beberapa minggu kemudian hasil ujian menunjukkan gula dalam darah mereka menurun.

3. Vitamin C

Vitamin C dapat megurangkan paras sorbitol dalam badan. 

Sorbitol ialah sejenis gula yang tidak dapat ditukarkan kepada tenaga. 

Jika sorbitol berkumpul dalam sel ia akan menjejaskan sel badan kita. 

Pengambilan vitamin C dapat mencegah gula ditukarkan kepada sorbitol tetapi sebaliknya membantu gula ditukarkan kepada tenaga.

4. Ostematrix

Ostematrix ialah pil kalsium semulajadi.

Semasa mengandung, mommies banyak memerlukan kalsium untuk pembesaran kandungan.

Pengambilan kalsium yang mencukupi membantu hormon insulin untuk berfungsi dengan lebih cekap.

5. ESP/ Protein

ESP Shaklee mempunyai Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39 dan sangat sesuai untuk mommies yang kencing manis semasa mengandung.

ESP ialah makanan tambahan terdiri daripada kacang soya non GMO.

Fungsinya iala memberi tenaga dengan segera tanpa meningkatkan gula dalam darah secara mendadak.

Ia membantu memberi rasa kenyang berpanjangan.

Set Kehamilan Shaklee (GDM) membantu mengawal gula dalam darah. Namun begitu terdapat kesan sampingan lain.

Kesan Sampingan Set Kehamilan Shaklee (GDM)
   
       1. Kulit semakin cantik kerana pengambilan vitamin C dan ESP

       2.    Mommies lebih cergas dan bertenaga walaupun mengandung

       3.     Mengurangkan lenguh - lenguh, sakit pinggang, sengal gigi

       4.     Merawat gastrik 

       5    Mengurangkan alahan 

Di bawah ni,  Zie sertakan testimoni daripada mommies yang telah menggunakan  
Set Kehamilan Shaklee. 

 
                                                                         Testimoni 1



 
Testimoni 2


 
                                                                      Testimoni 3




Testimoni 4


  

Testimoni 5

 
Sekian sahaja perkongsian hari ini. Semoga bermanfaat pada mommies semua.
Sekiranya nak dapatkan vitamin Set Kehamilan Shaklee boleh hubungi Zie.

Zie Erniza 013 9897720 / 0193528950

FB Zie Erniza

Sahabat Kesihatan Anda!
 


Ingin mendapatkan suplemen terbaik untuk keluarga?

Ingin menjana pendapatan 3-4 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

Hubungi Zie


Free Consultation
Affordable Price  And
Bussiness Opportunity With Shaklee!!!

Suzy Erniza Ismail

Shaklee ID (1141937)

hannanaufal@yahoo.com

013 9897720 (call, sms)







Entry Terbaru Saya

Popular Posts

Kepakaran Saya

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee di Kelantan.
(Shaklee 1D : 1141937)

Cash on Delivery (COD) sekitar Kok Lanas, Ketereh dan Kadok.

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei menggunakan Poslaju, GDex atau Citylink.

Dengan setiap pembelian vitamin di suzysyahimi@blogspot.com, anda layak mendapat:

- Jadual Makan Vitamin
- Konsultasi Percuma Berterusan
- Jemputan ke group Facebook exclusive
- Peluang menjana income dengan Shaklee

Hubungi Suzy Erniza Ismail di:
013-9897 720
hannanaufal@yahoo.com
Tudung kanak-kanak