Assalamualaikum. Apa khabar pembaca semua. Zie doakan
pembaca semua berada di dalam rahmat Allah selalu.
Kali ni Zie nak menulis cara tambah susu ibu khusus untuk
ibu yang baru pertama kali menimang cahaya mata.
Ibu belum ade pengalaman menyusu anak kan?
Jadi Zie
berkongsi sedikit pengalaman Zie yang telah menyusu seramai 4 orang.
Makan makananan yang berkhasiat
Ibu
menyusu memerlukan 500 kalori lebih berbanding ibu yang tidak menyusu.
Sebagai bu menyusu, Zie tak pernah skip makan pagi, tengahari dan malam.
Ibu menyusu
juga kena minum susu iaitu 4 gelas sehari.
Minum banyak air kosong
Banyakkan minum air kosong
iaitu sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
Rasa macam banyakkan?
Bagi yang tidak biasa kita boleh menambah kuantiti
air yan kita ambil setiap hari secara sedikit demi sedikit.
Akhirnya bila cukup
3 liter, ibu maintain la ye.
Macam mane nak tau cukup tak 3 liter?
Caranya ibu
boleh sukat dengan silinder gelas iaitu satu gelas biasa isipadu air ialah 250 ml.
Elak stress
Elak stress. Apabila ibu
stress, susu akan merudum.
Fakta sainsnya ialah hormon menyusu iaitu hormone
oksitoksin tak dapat dirembes dengan baik apabila stress.
Kesannya ialah hormon prolaktin juga akan berkurang.
Apabila
hormon prolaktin berkurang, penghasilan susu pun berkurang.
Tanamkan dalam
hati susu cukup untuk anak.
Susu kita memang cukup anak kita.
Allah dah jadikan begitu.
Jadi jangan risau ibu ibu.
Pada awal waktu kelahiran, memang
susu sikit je.
Lama lama susu akan menjadi banyak mengikut keperluan anak.
Dengan syarat ibu kerap menyusu anak.
Kerap kosongkan payudara
Ibu perlu sentiasa mengosongkan payudara dengan menyusu atau pam
payudara.
Apabila payudara kosong, otak menerima signal bahawa susu dah
berkurang dan perlu menghasilkan susu lagi.
Kesannya susu ibu bertambah banyak.
Berbeza dengan ibu yang tidak mengosongkan payudara, otak akan menerima signal bahawa susu masih ada.
Jadi sedikit atau tiada susu dihasilkan.
Berdoa pada Allah
Sentiasa berdoa pada Allah agar ibu dapat menyusu anak hingga 2 tahun.
Kita hanya mampu berusaha, selebihnya serah pada Allah.
Ok sampai sini dulu.
Zie harap dapat beri sedikit manfaat pada ibu sekelian.
Zie juga doakan agar ibu sekelian dapat menyusu anak hingga 2 tahun.
Ingin
mendapatkan suplemen terbaik untuk keluarga?
Ingin
menjana pendapatan 3-4 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi
Zie
Free
Consultation
Affordable
Price And
Bussiness
Opportunity With Shaklee!!!
Suzy
Erniza Ismail
Shaklee ID
(1141937)
hannanaufal@yahoo.com
013
9897720 (call, sms)
0 comments:
Post a Comment