Wednesday, April 20, 2016

 3:00 PM         No comments



Assalamualaikum. Apa khabar pembaca blog semua. Zie berdoa semoga Allah merahmati  kita semua.

Hari ni Zie nak berkongsi tip ibu menyusu  untuk mereka yang bekerja.

Zie tengok ramai ibu bekerja yang tewas menyusukan anak 2 tahun.

Zie tahu amat mencabar.

Kepada yang berjaya Zie ucap tahniah.

Ibu bekerja memerlukan persediaan fizikal, mental, emosi dan rohani yang kuat untuk menjayakan penyusuan 2 tahun.
Ok, di sini Zie berkongsi tip untuk ibu bekerja untuk menjayakan penyusuan 2 tahun.

Mencari ilmu penyusuan

Ilmu penyusuan ni tersangat penting.

Kalau ilmu ade, insyaAllah penyusuan anak sehinga 2 tahun menjadi semakin mudah.

Ibu perlu tahu konsep supply dan demand, faktor susu merudum, masalah dalam penyusuan dan lain- lain.

Antara ilmu penyusuan lain yang MAHA wajib diketahui ibu bekerja ialah teknik pam susu,  jadual pam susu dan cara pengendalian susu ibu.

Sekarang ni senang je nak cari ilmu penyusuan.

Ibu- ibu boleh google je.

Ibu ibu boleh mendapat ilmu daripada buku, majalah, menyertai group FB tertentu yang membincangkan ilmu penyusuan.

Melabur membeli pam  dan peralatan susu yang sesuai dan mampu milik

Terpulang pada ibu nak pilih pam yang macam mana. 

Asalkan ibu mampu beli, selesa dan pandai nak guna.Hihi

Pam jenis double pumping boleh menjimatkan masa dan amat sesuai ibu yang sangat sibuk.

Pam elektrik juga menjimatkan masa berbanding manual.

Semuanya bergantung pada ibu sendiri.

Sediakan stok sekurang- kurangnya 2 minggu sebelum mula bekerja

Mula untuk berlatih mengepam dan menyimpan susu ibu paling lambat 2 minggu sebelum mula kerja.

Susu yang dipam dan disimpan ini menjadi stok susu ibu pada awal - awal masa mula bekerja.

Ini untuk mengelakkan kita menjadi stress dan bermotivasi rendah  sebab stok susu ibu kita sedikit atau tiada lansung.

Kesimpulannya jangan lakukan aktiviti memerah susu last minute.

Contohnya lagi 3 hari nak bekerja, kita baru nak buat stok susu. 

Akhirnya kita stress sebab masa terlampau pendek untuk buat stok susu anak.

Bila ibu stress, susu  merudum.

Masa ini juga ibu boleh mula mengajar anak menyusu melalui  botol secara berperingkat.

Rancang masa dan tempat yang sesuai  untuk pam.

1. Masa

Kita mesti rancang masa yang sesuai untuk kita pam di office.

Paling lewat pun 4 jam sekali.

Apabila dah pilih waktu yang sesuai, ibu hendak konsisten setiap hari pam susu pada waktu itu.

Kenapa ye ?

Apabila ibu dah konsisten pada waktu tertentu untuk pam susu, automatik supply akan tersedia pada waktu itu.

Sebab setiap hari demand tu ade.

Jadi, skip waktu pumping boleh jejaskan pengeluaran susu badan.

2. Tempat

Tempat juga memainkan peranan penting untuk aktiviti pam susu.

Ibu mesti tentukan daripada awal lagi sama ada nak pam susu di tempat kerja atau tempat lain seperti surau, bilik rehat dan lain- lain.

Zie nak cerita pengalaman seorang kakak ni yang pam susu di surau.

Masa saya mula-mula nak pam dulu, saya akan pam di surau untuk mengelakkan segala kritikan daripada luar.

Tersangatlah memakan masa, sebab nak kena turun lif, lepas tu tinggalkan kerja kat pejabat.

Satu hari saya beranikan diri pam di cubicle sendiri.

Saya mendapati  jimatkan masa sebab saya pam sambil buat kerja.

Alhamdulillah kawan sekerja lain tak kisah dan mereka pun kadang kadang tak perasa saya tengah pam susu.

Yang penting aurat kena jaga. 

Beritahu Majikan 

Bincang dengan majikan dulu perihal penyusuan ibu.

Beritahu masa penyusuan ibu, penggunaan elektrik jika guna pam elektrik dan segala yang berkaitan.

Barulah majikan tahu situasi kita.

Jika majikan itu bertimbang rasa, dia akan menyokong usaha kita.

Asalkan kerja jalan kan?

Percaya "saya boleh"

Beritahu pada diri kita 

"Saya boleh memberikan yang terbaik kepada anak saya denan susu ibu sepenuhnya walaupun apa jua halangan dan cabaran.

Breastfeeding bukan hanya untuk suri rumah sahaja atau ibu yang berduit atau ibu yang bekerja dekat dengan anak, tetapi breastfeeding adalah untuk semua ibu.

Pilihan di tangan kita

Saya Boleh!!!"

Apabila kita memberitahu ini pada diri kita seolah-olah kita memberitahu minda bawah sedar kita.

Kuasa minda bawah sedar terhadap diri kita sangat hebat.

Seluruh anggota badan akan bekerja demi merealisasikan impian yang kita lafazkan ini. 

InsyaAllah.

Ok, setakat ini dulu. 

Zie harap pembaca dapat manfaat daripada artikel ini.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Jika ibu rasa bermanfaat sebarkan pada rakan-rakan lain juga.


Ingin mendapatkan suplemen terbaik untuk keluarga?
Ingin menjana pendapatan 3-4 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Zie

Free Consultation
Affordable Price  And
Bussiness Opportunity With Shaklee!!!

Suzy Erniza Ismail
Shaklee ID (1141937)
hannanaufal@yahoo.com
013 9897720 (call, sms)


















0 comments:

Entry Terbaru Saya

Popular Posts

Kepakaran Saya

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee di Kelantan.
(Shaklee 1D : 1141937)

Cash on Delivery (COD) sekitar Kok Lanas, Ketereh dan Kadok.

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei menggunakan Poslaju, GDex atau Citylink.

Dengan setiap pembelian vitamin di suzysyahimi@blogspot.com, anda layak mendapat:

- Jadual Makan Vitamin
- Konsultasi Percuma Berterusan
- Jemputan ke group Facebook exclusive
- Peluang menjana income dengan Shaklee

Hubungi Suzy Erniza Ismail di:
013-9897 720
hannanaufal@yahoo.com
Tudung kanak-kanak