Wednesday, April 27, 2016


Assalamualaikum

Apa khabar pembaca blog semua. Zie doakan semoga sihat walafiat. Ada beberapa hari lagi sebelum bulan April 2016 melabuhkan tirai. Kejap je masa ni kan? Masa yang berlalu tidak dapat kembali lagi. 

Bulan April ni, promosi Vitamin C dan Omega Guard (minyak ikan) gila- gila sedang berlansung.

Ramai berpusu-pusu mencari omega guard.

Sebelum tu, bagi yang belum tahu apa itu vitamin omega guard mari kita berkenalan dulu dengannya.
 
Apa itu Omega Guard 

Omega Guard ialah minyak ikan yang diekstrak daripada ikan laut air sejuk di perairan negara Jepun. 

Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan tulen paling tulen di dunia.

Ia mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak Omega  3 semulajadi iaitu EPA, DHA , ALA dan banyak lagi

OMEGA GUARD SHAKLEE

Keistimewaan Omega Guard  berbanding jenama lain

Shaklee menggunakan kaedah ultranutrien bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan omega guard.

Ia dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga moekul unntuk mengekstrak asid lemak omega 3 yang paling tulen dan semulajadi.

Di samping itu menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB ( polychlorinated biphenyl merupakan bahan kimia industri yang sangat toksik)



 Komposisi EPA dan DHA dalam setiap hidangan Omega guard berbanding jenama minyak ikan lain.


Ini pula manfaat Omega Guard

 Testimoni Omega Guard

Mengurangkan masalah Anak Asma





 Jarang demam dan lebih fokus




Banyak lagi testimoni lain.

Insya Allah , kalau ade kesempatan waktu, nanti Zie update lagi ye.

Sekian,  terima kasih.


Ingin mendapatkan suplemen terbaik untuk keluarga?
Ingin menjana pendapatan 3-4 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Zie

Free Consultation
Affordable Price  And
Bussiness Opportunity With Shaklee!!!

Suzy Erniza Ismail
Shaklee ID (1141937)
hannanaufal@yahoo.com
013 9897720 (call, sms)







Tuesday, April 26, 2016

Assalamualaikum

Apa khabar.? Zie harap pembaca blog dirahmati Allah selalu. 

Zie ade mendengar Tanyalah Ustaz pagi tadi.

Zie teruja nak kongsi ilmu dengan para pembaca blog.

Tajuknya lebih kurang Solusi Masalah Mengikut Al Quran.

Bintang ilmuan yang dijemput ialah Ustaz Hj Asraff Ayob Al-Hafiz

Inilah gambar ustaz Hj Asraff bagi yang belum kenal.

Ia berkenaan kita menyelesaikan masalah kehidupan harian merujuk Al Quran.

Banyak soalan yang ditanyakan oleh 2 orang tetamu jemputan kepada ustaz.

Antara satu soalan yang menarik ialah apa amalan yang diajar oleh Al Quran untuk orang yang dalam kesempitan wang.

Agak- agak apa jawapannya?

Ha..kalau manusia biasa jawapannya kena berjimat cermat, kena catu duit bagi duit belanja dekat isteri dan anak dan lain lain.

Tapi jawapan oleh Allah melalui Al Quran ialah kena banyakkan sedeqah.

Kalau kita nak sesuatu kita kena banyakkan memberi.

Sedeqah boleh

1. panjangkan umur

2. tolak bala

3. murah rezeki

4. menyembuhkan penyakit

5. mendapat keampunan Allah

Ada juga yang dah banyak bersedeqah, tapi rezeki belum bertambah. 

Macam mana tu?

Merujuk Al Quran mereka yang nak bersedeqah tak boleh langgar 2 pantang larang ni

1. mengungkit sedeqah yang telah diberi

2. melukakan hati si penerima

Ustaz berpesan kita kena bersedeqah hari hari tau!

Ok lah, sampai sini dulu. 

Semoga kita terus istiqamah dalam bersedeqah.

Semoga pembaca blog memperoleh sesuatu yang bermanfaat.

Terima kasih.













Sunday, April 24, 2016

Assalamualaikum

Apa khabar? Zie harap  kita semua dilimpahkan rahmat daripada Allah.

Hari ni ni Zie nak bercerita tentang set penyusuan bajet yang terdiri 3 produk iaitu

1, Vita- lea ( multivitamn)
2. ESP ( milkbooster)
3. Alfafa ( milkbooster)

Kenapa kena amik 3 produk ni?

ESP dan Alfafa memperbanyakkan susu badan di samping 1001 khasiat lain.

Antara khasiat ESP, ibu boleh rujuk kat sini.http://suzysyahimi.blogspot.my/2016/03/khasiat-esp.html

Khasiat alfafa belum siap lagi entrynya. Tunggu ya...

Secara umumnya fungsi alfafa selainkan meriahkan susu, ia dapat mencuci darah, mengurangkan sembelit, mengurangkan keputihan dan bertindak seperti kacip fatimah.

Last sekali ialah mulivitamin iaitu Vita-lea.

Kenapa kena amik Vita-lea.

Sebenarnya apabila kita menghasilkan susu dengan banyak, perasan tak badan kita akan cepat letih.

Jadi, Vita-lea berfungsi untuk memberi extra tenaga dan melengkapi nutrisi dalam badan kita.

Ujian klinikal telah membukikan dengan pengambilan vita-lea selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.

Ini kerana dalam setiap biji vitamin vita-lea mengandungi 30 nutrisi harian yang lengkap dan diekstrak daripada sayur dan buah. 

Entry pasal vitamin Vita-lea pun saya belum siap lagi. 

Jadi, tunggu jugak ye.;)

Gabungan 3 produk tersebut terhasillah Set Penyusuan Shaklee Bajet yang awesome.

Sesiapa yang berminat dengan Set Bajet ni boleh hubungi Zie 013 9897720

Belum cuba, belum tahu.

Dah cuba, InsyaAllah jatuh hati.

Sekan , terima kasih.












Wednesday, April 20, 2016




Assalamualaikum. Apa khabar pembaca blog semua. Zie berdoa semoga Allah merahmati  kita semua.

Hari ni Zie nak berkongsi tip ibu menyusu  untuk mereka yang bekerja.

Zie tengok ramai ibu bekerja yang tewas menyusukan anak 2 tahun.

Zie tahu amat mencabar.

Kepada yang berjaya Zie ucap tahniah.

Ibu bekerja memerlukan persediaan fizikal, mental, emosi dan rohani yang kuat untuk menjayakan penyusuan 2 tahun.
Ok, di sini Zie berkongsi tip untuk ibu bekerja untuk menjayakan penyusuan 2 tahun.

Mencari ilmu penyusuan

Ilmu penyusuan ni tersangat penting.

Kalau ilmu ade, insyaAllah penyusuan anak sehinga 2 tahun menjadi semakin mudah.

Ibu perlu tahu konsep supply dan demand, faktor susu merudum, masalah dalam penyusuan dan lain- lain.

Antara ilmu penyusuan lain yang MAHA wajib diketahui ibu bekerja ialah teknik pam susu,  jadual pam susu dan cara pengendalian susu ibu.

Sekarang ni senang je nak cari ilmu penyusuan.

Ibu- ibu boleh google je.

Ibu ibu boleh mendapat ilmu daripada buku, majalah, menyertai group FB tertentu yang membincangkan ilmu penyusuan.

Melabur membeli pam  dan peralatan susu yang sesuai dan mampu milik

Terpulang pada ibu nak pilih pam yang macam mana. 

Asalkan ibu mampu beli, selesa dan pandai nak guna.Hihi

Pam jenis double pumping boleh menjimatkan masa dan amat sesuai ibu yang sangat sibuk.

Pam elektrik juga menjimatkan masa berbanding manual.

Semuanya bergantung pada ibu sendiri.

Sediakan stok sekurang- kurangnya 2 minggu sebelum mula bekerja

Mula untuk berlatih mengepam dan menyimpan susu ibu paling lambat 2 minggu sebelum mula kerja.

Susu yang dipam dan disimpan ini menjadi stok susu ibu pada awal - awal masa mula bekerja.

Ini untuk mengelakkan kita menjadi stress dan bermotivasi rendah  sebab stok susu ibu kita sedikit atau tiada lansung.

Kesimpulannya jangan lakukan aktiviti memerah susu last minute.

Contohnya lagi 3 hari nak bekerja, kita baru nak buat stok susu. 

Akhirnya kita stress sebab masa terlampau pendek untuk buat stok susu anak.

Bila ibu stress, susu  merudum.

Masa ini juga ibu boleh mula mengajar anak menyusu melalui  botol secara berperingkat.

Rancang masa dan tempat yang sesuai  untuk pam.

1. Masa

Kita mesti rancang masa yang sesuai untuk kita pam di office.

Paling lewat pun 4 jam sekali.

Apabila dah pilih waktu yang sesuai, ibu hendak konsisten setiap hari pam susu pada waktu itu.

Kenapa ye ?

Apabila ibu dah konsisten pada waktu tertentu untuk pam susu, automatik supply akan tersedia pada waktu itu.

Sebab setiap hari demand tu ade.

Jadi, skip waktu pumping boleh jejaskan pengeluaran susu badan.

2. Tempat

Tempat juga memainkan peranan penting untuk aktiviti pam susu.

Ibu mesti tentukan daripada awal lagi sama ada nak pam susu di tempat kerja atau tempat lain seperti surau, bilik rehat dan lain- lain.

Zie nak cerita pengalaman seorang kakak ni yang pam susu di surau.

Masa saya mula-mula nak pam dulu, saya akan pam di surau untuk mengelakkan segala kritikan daripada luar.

Tersangatlah memakan masa, sebab nak kena turun lif, lepas tu tinggalkan kerja kat pejabat.

Satu hari saya beranikan diri pam di cubicle sendiri.

Saya mendapati  jimatkan masa sebab saya pam sambil buat kerja.

Alhamdulillah kawan sekerja lain tak kisah dan mereka pun kadang kadang tak perasa saya tengah pam susu.

Yang penting aurat kena jaga. 

Beritahu Majikan 

Bincang dengan majikan dulu perihal penyusuan ibu.

Beritahu masa penyusuan ibu, penggunaan elektrik jika guna pam elektrik dan segala yang berkaitan.

Barulah majikan tahu situasi kita.

Jika majikan itu bertimbang rasa, dia akan menyokong usaha kita.

Asalkan kerja jalan kan?

Percaya "saya boleh"

Beritahu pada diri kita 

"Saya boleh memberikan yang terbaik kepada anak saya denan susu ibu sepenuhnya walaupun apa jua halangan dan cabaran.

Breastfeeding bukan hanya untuk suri rumah sahaja atau ibu yang berduit atau ibu yang bekerja dekat dengan anak, tetapi breastfeeding adalah untuk semua ibu.

Pilihan di tangan kita

Saya Boleh!!!"

Apabila kita memberitahu ini pada diri kita seolah-olah kita memberitahu minda bawah sedar kita.

Kuasa minda bawah sedar terhadap diri kita sangat hebat.

Seluruh anggota badan akan bekerja demi merealisasikan impian yang kita lafazkan ini. 

InsyaAllah.

Ok, setakat ini dulu. 

Zie harap pembaca dapat manfaat daripada artikel ini.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Jika ibu rasa bermanfaat sebarkan pada rakan-rakan lain juga.


Ingin mendapatkan suplemen terbaik untuk keluarga?
Ingin menjana pendapatan 3-4 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Zie

Free Consultation
Affordable Price  And
Bussiness Opportunity With Shaklee!!!

Suzy Erniza Ismail
Shaklee ID (1141937)
hannanaufal@yahoo.com
013 9897720 (call, sms)


















Tuesday, April 19, 2016



 Assalamualaikum.

Zie doakan agar pembaca blog sihat dan dirahmati Allah selalu.

Terima kasih kerana membaca tentang Set Menyusu Shaklee Lengkap.

Zie tujukan pada mommies yang berazam nak menyusukan selama 2 tahun.

2 tahun barulah mommies dapat sijil ijazah.  

Dalam artikel  ni mommies dapat ketahui

1. Nutrisi Ibu Menyusu

2. Rahsia Penyusuan 2 tahun 

3. Bagaimana Set Penyusuan Shaklee Membantu Penyusuan 2 tahun.


 Nutrisi Ibu Menyusu







Mengikut doktor Hamid Arshat, wanita disarankan mengambil kalsium, asid folik dan Omega DHA  sepanjang hayat untuk mengekalkan kesihatan.

Maklumlah  semasa hamil banyak kalsium digunakan untuk pembentukan tulang anak.

Boleh baca kepentingan kalsium semasa hamil dan menyusu  DI SINI

Cara mencukupkan kalsium semasa hamil dan menyusu dengan mudah DI SINI

Lepas hamil, bersalin dan menyusukan anak pula.

Memang banyak kalsium diperlukan mommies pada waktu hamil dan menyusu.

Ini baru bab kalsium, belum masuk nutrisi lain seperti protein, asid folik dan  vitamin C.

Jom kita tengok perbandingan nutrisi wanita normal, hamil dan menyusu.


 Wanita hamil dan menyusu memerlukan nutrisi lebih banyak berbanding wanita normal


Di bawah ni Piramid Makanan Ibu Menyusu sebagai panduan untuk mommies melengkapkan nutrisi menyusu.



Memang fakta mengatakan walaupun mommies tak memenuhi keperluan nutrisi semasa menyusu, kualiti susu tetap sama.

Walaubagaimanapun badan mommies yang merana.

Mommies mungkin  mula rasa lenguh- lenguh tulang.

Mudah rasa letih dan tak bertenaga.

Mommies juga rasa sengal dan sakit gigi.

Kulit mula kusam tak berseri. 

Berbagai bagai lagi masalah yang timbul semasa hamil dan menyusu akibat  tidak mengamalkan diet seimbang.

Sebabtu lah wujudnya Set Menyusu Shaklee Lengkap untuk membantu mommies mencukupkan keperluan nutrisi masa menyusu. 

Mommies tahu tak mengamalkan Set Menyusu Lengkap tanpa mengamalkan prinsip penyusuan, mommis akan gagal juga dalam penyusuan 2 tahun.

Sebab tu lah gabungan Set Menyusu Lengkap dengan tip - tip yang Zie nyatakan ini akan menjayakan penyusuan 2 tahun.

InsyaAllah susu akan melimpah ruah dan mommies pun akan kekal cergas dan jelita sepanjang penyusuan.

Zie tak nak susu kita banyak, tapi badan mommies sakit- sakit.

boleh baca pengalaman Zie tandem nursing DI SINI

Rahsia penyusuan 2 tahun

1. Niat

Mommies kena tanam niat sebelum bersalin lagi nak menyusu 2 tahun. 

Dengan cara ini minda bawah sedar mommies akan berusaha sedaya upaya memenuhi cita- cita mommies ni.

 

2. Kawal stress

Mommies kena kawal stress. Biasalah nak jaga anak kecik ni stress jugakan. Maklumlah anak nak membesarkan.

Kalau bekerja pula lagi bertambah stress. Kat tempat kerja, dengan majikan dan rakan sekerja.

Bila stress kembalilah pada Allah.

Mommies juga boleh luahkan masalah pada orang dipercayai seperti suami dan ibubapa.

Stress ni boleh merencatkan penghasilan susu tau.

3. Fikir positif

Mommies perlu sentiasa berfikir positif. InsyaAllah susu akan bertambah banyak.

Sentiasa fikir susu mommies cukup untuk anak mommies.

Hanya sedikit sahaja peratusan mereka yang tak boleh menyusukan anak kerana masalah tiada susu.

4. Ilmu penyusuan

 Ilmu penyusuan ni mesti kena cari selalu biarpun dah ada anak 4.

Bagi ibu yang tak ade pengalaman menyusu anak selama 2 tahun, boleh tanya rakan yang lebih senior dalam menyusukan anak 2 tahun.

Selain tu banyak group di Face Book yang menumpukan perbincangan tentang penyusuan. Mommies boleh join di sini

Mommies juga boleh membaca buku, majalah atau melalui internet tentng ilmu penyusuan.

Antara ilmu penting yang mommies kenatahu tentang penyusuan ialah konsep demand supply, power pumping, penyimpanan dan pengendalian susu ibu dan banyak lagi  

5. Tawakal  

Bila mommies dah berusaha untuk menjayakan penyusuan 2 tahun, selebihnya serah pada Allah. Semoga Allah permudahkan hasrat murni mommies.   

3. Bagaimana Set Penyusuan Shaklee Membantu Penyusuan 2 tahun.



     1. Vita- lea (Multivitamin)

Ia mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayur dan buah.


Antara manfaat vitalea pada ibu  ialah pelengkap nutrisi, menambah tenaga segera, kecergasan tubuh dan awet muda. Vitalea dapat menaikkan Hb mommies juga.

Vita- Lea merupakan vitamin multivitamin pertama di dunia. 

2. Vitamin B complex

 Di kenali juga vitamin anti stress. 

Ia membantu mommies untuk kurangkan stress.

Vitamin Bcomplex sangat mudah diserap oleh badan dan mengandungi ke semua vitamin B yang lengkap

Apabila ibu boleh mengawal stress, penghasilan susu akan meningkat.

Selain itu ia mencegah anemia yang sering berlaku pada ibu menyusu.

3. Sustained Release Vita C 

1 biji vitamin C ini bersamaan 7 biji buah oren.

 Tingkatkan sistem imunisasi ibu & anak untuk melawan penyakit.


Ia juga mencantikkan kulit dan meransang pembentukan kolagen.

4. Alfafa

Dikenali raja tumbuhan.

Sebagai milk booster, herba untuk bantu tambah penghasilan susu.

Kesan sampingan pengambilan alfafa ialah mengurangkan keputihan, bertindak seperti kacip Fatimah dan mencuci darah.

Alfafa ni juga dapat cuci darah dan bagus untuk hilangkan jerawat.
  

5.    Energizing Soy Protein (ESP)

     Dalam susu ibu, komposisi terbesar adalah protein. Dengan ESP, dapat bantu pekatkan      
     susu ibu dan baby akan lebih cepat kenyang.  

     ESP juga membantu untuk kecergasan  mommies dan boleh juga untuk kuruskan badan.

    Mommies akan perasan kulit mommies akan bertambah gebu.  

     Kalau pagi- pagi, mommies boleh aje bersarapan dengan ESP.

     ESP membuat mommies kenyang berpanjangan dan ini bagus untuk kurus.
 

     6. Ostematrix (Calcium & Magnesium)

Komposisi terbesar dalam susu ibu selepas protein  adalah kalsium.  

Jadi, semua kalsium dlm badan ibu akan disalurkan ke susu untuk  bayi.  

Kalau ibu tidak cukup keperluan kalsium, ibu akan mudah mendapat                     osteoporosis, sakit-sakit tulang & gigi luruh.  

Ostematrix dilengkapi bersama Magnesium dan vitamin D. Ia membantu kalsium diserap ke dalam badan dengan efisyen.
       

Ok, sampai sini dulu. 

Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga entry ini dapat membantu mengatasi masalah ibu dalam penyusuan.


Ingin mendapatkan suplemen terbaik untuk keluarga?
Ingin menjana pendapatan 3-4 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Zie

Free Consultation
Affordable Price  And
Bussiness Opportunity With Shaklee!!!

Suzy Erniza Ismail
Shaklee ID (1141937)
hannanaufal@yahoo.com

013 9897720 (call, sms)
















Entry Terbaru Saya

Popular Posts

Kepakaran Saya

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee di Kelantan.
(Shaklee 1D : 1141937)

Cash on Delivery (COD) sekitar Kok Lanas, Ketereh dan Kadok.

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei menggunakan Poslaju, GDex atau Citylink.

Dengan setiap pembelian vitamin di suzysyahimi@blogspot.com, anda layak mendapat:

- Jadual Makan Vitamin
- Konsultasi Percuma Berterusan
- Jemputan ke group Facebook exclusive
- Peluang menjana income dengan Shaklee

Hubungi Suzy Erniza Ismail di:
013-9897 720
hannanaufal@yahoo.com
Tudung kanak-kanak