Assalamualaikum. Apa
khabar?
Syukur alhamdulillah kita semua masih bernafas di muka bumi ini.
Kita masih diberi peluang untuk bertaubat di atas kesilapan yang dilakukan.
Zie doakan juga kepada pembaca blog supaya dilimpahi dengan kasih sayang Allah selalu.
Hari ni Zie nak
bercerita tentang pengalaman Zie mengandung menggunakan Set Mengandung Shaklee.
Kisah yang Zie tulis ni adalah kisah benar dan merujuk apa yang Zie rasa masa mengandung khususnya mengandung anak ke empat hari tu.
Zie rasa baru je Zie hamil anak ke empat ni. Walaupun sebenarnya hampir 2 tahun peristiwa ni berlaku.
Sebelum menggunakan Set Mengandung Shaklee
Zie mengalami alahan yang agak teruk.
Zie asyik terbaring atas katil je.
Air mata jadi peneman diri.
Anak anak pula masil kecil dan belum mengerti apa- apa.
Yang sulung berumur 6 tahun.
Yang ke dua berumur 4 tahun dan yang ke tiga setahun lebih.
"Umi nak air, ummi nak baju, ummi
lapar la. "
Adoi ummi tak larat, sayang.
Keadaan rumah jugak tidak terurus.
Nasib baik suami tersayang banyak membantu.
Yang Zie tahu Zie tak larat membuat banyak perkara.
Pening, loya, letih dan gastrik .
Sebelum mengandung Zie tak de gastrik.
Oleh kerana Zie tak lalu makan sebab alahan yang teruk, gastrik pun menyerang.
HB rendah semasa mengandung anak pertama, kedua dan ke tiga
Zie juga biasanya HB yang cukup cukup makan je masa mengandung.
Misi pun dah kenal.
" Awak kena makan ni bla bla bla
untuk menaikkan HB"
Apa lagi. Suamilah
yang dijadikan sasaran Zie supaya dibelikan itu ini apa yang disarankan misi.
" Abang, HB saya rendah. Bahaya
tau, abang! Misi suruh makan hati banyak banyak supaya HB tinggi."
Ada juga suara suara yang suruh makan jambu batu.
Maka, Abang Zie pergi beli jambu pulak.
HB Zie tak naik juga.Tau tak kenapa?
Zie susah nak konsisten makan hati dan jambu batu tiap tiap hari. Hihi.
Lagi pulak Zie kesian dekat abang kena beli hati dan jambu batu tiap tiap minggu.
Pengalaman berpuasa semasa mengandung
"Adoi, macam mana nak puasa ni?
Perut ni asyik gastrik.Tadi baru je makan, lepas tu dah rasa lapar."
Zie rasa macam tak
boleh berpuasa penuh je.
Akhirnya Zie
berikhtiar dengan Set Mengandung Shaklee. Zie amik suplement Vitalea, B
Complex, Vitamin C dan Ostematrik.
Alangkah gembiranya
rasa hati dan Zie sangat bersyukur pada Allah, gastrik dah hilang.
Semasa bulan puasa
Zie berasa cergas dan lambat berasa lapar.
Alahan pun dan berkurang.
HB semasa bulan puasa pun di paraas yng normal.
Inilah pertama kali Zie mengandung HB Zie ok.
Jarang lenguh dan jarang mengalami kejang kaki
Alhamdulillah. Biasa kita dengar ibu ibu lenguh masa mengandung.
Zie boleh katakan jarang sangat mengalaminya.
Lenguh ni biasanya berpunca kerana kita kurang kalsium.
Kalsium boleh diperolehi dengan minum susu, kekacang dan lain lain.
Tapi kan Zie tak minum susu sebab susah nak konsisten.
Maklumlah kena minum 4 gelas susu barulah cukup keperluan kalsium ibu mengandung.
Untuk itu Zie mengambil vitamin ostematrik masa mengandung.
Jarang demam dan kulit lebih lembut.
Alhamdulillah Zie tak mengalami demam masa mengandung anak ke kempat.
Ramai juga Zie tengok rakan FB yang demam masa mengandung.
Salah satu sebab kita mudah demam ialah kerana sistem pertahanan lemah.
Sebab tu lah kita kena ambil vitamin C yang mencukupi supaya membantu meningkatkan sistem pertahanan badan.
Ibu ibu mengandung juga perlu ingat bahawa kita tidak boleh mengambil sembarangan ubat.
Sebab tu jugaklah Zie lebih suka ambil vitamin C sebagai pencegahan.
Kulit pun terasa lebih lembut.
Bertenaga dan tidak mudah letih.
Alhamdulillah, sepanjang mengandung kali ni memang rasa lebih cergas dan bertenaga.
Zie rasa lebih bertenaga berbanding masa mula mengandung dulu pada usia 20 an.
Kesimpulan
Ok,itu sahaja yang nak Zie kongsikan. Nak rasai perubahahan apa yang Zie rasa?
Boleh hubungi Zie di nombor 013 9897720.
Sampai berjumpa lagi. Terima kasih kerana sudi membaca.
Ingin mendapatkan suplemen terbaik untuk
keluarga?
Ingin menjana
pendapatan 3-4 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Zie
Free Consultation
Affordable Price
And
Bussiness Opportunity
With Shaklee!!!
Suzy Erniza Ismail
Shaklee ID (1141937)
hannanaufal@yahoo.com
013 9897720 (call, sms
wassap)
0 comments:
Post a Comment