Thursday, May 12, 2016


Assalamualaikum. Apa khabar?

Syukur alhamdulillah kita semua masih bernafas di muka bumi ini.

Kita masih diberi peluang untuk bertaubat di atas kesilapan yang dilakukan.

Zie doakan juga kepada pembaca blog supaya dilimpahi dengan kasih sayang Allah selalu.

Hari ni Zie nak bercerita tentang pengalaman Zie mengandung menggunakan Set Mengandung Shaklee.

Kisah yang Zie tulis ni adalah kisah benar  dan merujuk apa yang  Zie rasa masa mengandung khususnya mengandung anak ke empat hari tu.
Zie rasa baru je Zie hamil anak ke empat ni. Walaupun sebenarnya hampir 2 tahun peristiwa ni berlaku.

Sebelum menggunakan Set Mengandung Shaklee

Zie mengalami alahan yang agak teruk.

Zie asyik terbaring atas katil je.

Air mata jadi peneman diri.

Anak anak pula masil kecil dan belum mengerti apa- apa.

Yang sulung berumur 6 tahun.

Yang ke dua berumur 4 tahun dan yang ke tiga setahun lebih.

"Umi nak air, ummi nak baju, ummi lapar la. "

Adoi ummi tak larat, sayang.

Keadaan rumah jugak tidak terurus.

Nasib baik suami tersayang banyak membantu.

Yang Zie tahu Zie tak larat membuat banyak perkara.

Pening, loya, letih dan gastrik .

Sebelum mengandung Zie tak de gastrik.

Oleh kerana Zie tak lalu makan sebab alahan yang teruk, gastrik pun menyerang.

HB rendah semasa mengandung anak pertama, kedua dan ke tiga

Zie juga biasanya HB yang cukup cukup makan je masa mengandung.

Misi pun dah kenal.

" Awak kena makan ni bla bla bla untuk menaikkan HB"
Apa lagi. Suamilah yang dijadikan sasaran Zie supaya dibelikan itu ini apa yang disarankan misi.

" Abang, HB saya rendah. Bahaya tau, abang! Misi suruh makan hati banyak banyak supaya HB tinggi."

Ada juga suara suara yang suruh makan jambu batu.

Maka, Abang Zie pergi beli jambu pulak.

HB Zie tak naik juga.Tau tak kenapa?

Zie susah nak konsisten makan hati dan jambu batu tiap tiap hari. Hihi.

Lagi pulak Zie kesian  dekat abang kena beli hati dan jambu batu tiap tiap minggu.

Pengalaman  berpuasa semasa mengandung
"Adoi, macam mana nak puasa ni? Perut ni asyik gastrik.Tadi baru je makan, lepas tu dah rasa lapar."
Zie rasa macam tak boleh berpuasa penuh je.


Akhirnya Zie berikhtiar dengan Set Mengandung Shaklee. Zie amik suplement Vitalea, B Complex, Vitamin C dan Ostematrik.


Alangkah gembiranya rasa hati dan Zie sangat bersyukur pada Allah, gastrik dah hilang.


Semasa bulan puasa Zie berasa cergas dan lambat berasa lapar.


Alahan pun dan berkurang.

HB semasa bulan puasa pun di paraas yng normal.

Inilah pertama kali Zie mengandung HB Zie ok.

Jarang lenguh dan jarang mengalami kejang kaki

Alhamdulillah. Biasa kita dengar ibu ibu lenguh masa mengandung.

Zie boleh katakan jarang sangat mengalaminya.

Lenguh ni biasanya berpunca kerana kita kurang kalsium.

Kalsium boleh diperolehi dengan  minum susu, kekacang dan lain lain.

Tapi kan Zie tak minum susu sebab susah nak konsisten.

Maklumlah kena minum 4 gelas susu barulah cukup keperluan kalsium ibu mengandung.

Untuk itu Zie mengambil vitamin ostematrik masa mengandung.


Jarang demam dan kulit lebih lembut.

Alhamdulillah Zie tak mengalami demam masa mengandung anak ke kempat.

Ramai juga Zie tengok rakan FB yang demam masa mengandung.

Salah satu sebab kita mudah demam ialah kerana sistem pertahanan lemah.

Sebab tu lah kita kena ambil vitamin C yang mencukupi supaya membantu meningkatkan sistem pertahanan badan.

Ibu ibu mengandung juga perlu ingat bahawa kita tidak boleh mengambil sembarangan ubat.

Sebab tu jugaklah Zie lebih suka ambil vitamin C sebagai pencegahan.

Kulit pun terasa lebih lembut.

Bertenaga dan tidak mudah letih.

Alhamdulillah, sepanjang mengandung kali ni memang rasa lebih cergas dan bertenaga.

Zie rasa lebih bertenaga berbanding masa mula mengandung dulu pada usia 20 an.

Kesimpulan

Ok,itu sahaja yang nak Zie kongsikan. Nak rasai perubahahan apa yang Zie rasa?

Boleh hubungi Zie di nombor 013 9897720.

Sampai berjumpa lagi. Terima kasih kerana sudi membaca.



Ingin mendapatkan suplemen terbaik untuk keluarga?
Ingin menjana pendapatan 3-4 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Zie 
Free Consultation
Affordable Price  And
Bussiness Opportunity With Shaklee!!!
Suzy Erniza Ismail
Shaklee ID (1141937)
hannanaufal@yahoo.com
013 9897720 (call, sms wassap)




 












Assalamualaikum. 

Apa khabar? Zie doakan agar pembaca sihat walafiat hendaknya.

Tak lama lagi kita akan berpuasa.

Kepada ibu yang hamil dan menyusu, tentunya ia memberikan sedikit cabaran.

Hari ni Zie nak berkongsi tip berpuasa bagi ibu yang hamil.

Zie pernah berpuasa semasa mengandung.

 Masa tu hamil dalam 20 minggu.


Alhamdulillah Zie berjaya berpuasa penuh.

Seperti yang kita tahu, wanita hamil boleh berbuka puasa (tidak berpuasa) di bulan ramadhan apabila kesihatannya tidak mengizinkan.

Wanita hamil  dan risau dengan kesihatan kandungannya juga boleh berbuka puasa ( tidak puasa).

Wanita hamil perlu menggantikan puasa dan ada  yang perlu membayar fidhyah.

Zie harap ibu yang ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut boleh merujuk kepada yang pakar. 

Tip pemakanan Zie semasa hamil dan berpuasa

1.Sentiasa bersahur dan lewatkan waktu sahur.
Zie rasa semua ibu hamil yang nak berpuasa akan bersahur kan?
Zie akan lewatkan waktu sahur supaya Zie tidak mudah cepat lapar pada waktu siang.

2. Ambil makanan yang memberi tenaga secara beransur- ansur seperti kurma dan nasi.
Zie memang amalkan makan banyak kurma semasa berbuka dan bersahur.
Nasi pula Zie ambil dalam kadar sederhana.

3. Minum air secukupnya
Air penting untuk mengelakkan badan dehidrasi.

4. Mengamal pemakanan seimbang dan mengikut keperluan nutrisi wanita mengandung.
Zie mengalami alahan semasa awal kehamilan.
Zie menjadi kurang berselera dan sering muntah. 
Apabila ni berlaku Zie mengalami kekurangan nutrisi.
Jadi sebagai altenatif Zie mengambil Set Mengandung Shaklee iaitu Vitalea, Vitamin C, Bcomplex dan Ostematrix.
Alhamdulillah HB Zie cantik  walaupun berpuasa.
Zie juga berasa kenyang dan lambat berasa lapar. 
Masalah gastrik pun hilang.
Ok, ibu yang ingin mengetahui tentang Testimoni Sendiri  Set Mengandung Shaklee dengan lebih lanjut boleh  klik di sini

Tip  Pemakanan daripada Dr Zubaidi
Jom kita baca tip mengandung semasa berpuasa daripada seorang doktor iaitu Dr Zubaidi. 

 Halalkan ilmu ini ye doktor. 


Saya panjangkan ilmu doktor ini dalam blog saya.

Secara umumnya lebih kurang sama apa yang Zie amalkan semasa mengandung di bulan puasa.

1. Ibu hamil perlu minum air yang banyak untuk mengelak dehidrasi.
Dehidrasi berbahaya pada baby.

2. Makan makanan yang memberi tenaga secara beransur- ansur seperti nasi. 
Makanan seperti ini boleh memberikan tenaga walaupun beberapa jam telah bepuasa.

3. Elakkan makanan bergula yang boleh menyebabkan paras gula tinggi secara mendadak, kerana apabila insulin dihasilkan ia akan menyebabkan paras gula menjadi rendah. Ibu hamil akan berasa mengantuk.Selain daripada itu makan seperti ni memberi tenaga dengan cepat tetapi dalam masa yang sekejap.

4. Makan makanan berprotein tinggi  seperti telur dan daging. Di sini Zie sarankan ibu mengandung mengambil ESP Shaklee (protein soya) yang mempunyai rendah lemak dan tiada kolesterol.

Sampai sini dulu. Zie harap sedikit sebanyak membantu para ibu hamil untuk berpuasa. Sekian, terima kasih.


Ingin mendapatkan suplemen terbaik untuk keluarga?
Ingin menjana pendapatan 3-4 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Zie
 
Free Consultation

Affordable Price  And

Bussiness Opportunity With Shaklee!!!

Suzy Erniza Ismail
Shaklee ID (1141937)
hannanaufal@yahoo.com
013 9897720 (call, sms)








Entry Terbaru Saya

Popular Posts

Kepakaran Saya

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee di Kelantan.
(Shaklee 1D : 1141937)

Cash on Delivery (COD) sekitar Kok Lanas, Ketereh dan Kadok.

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei menggunakan Poslaju, GDex atau Citylink.

Dengan setiap pembelian vitamin di suzysyahimi@blogspot.com, anda layak mendapat:

- Jadual Makan Vitamin
- Konsultasi Percuma Berterusan
- Jemputan ke group Facebook exclusive
- Peluang menjana income dengan Shaklee

Hubungi Suzy Erniza Ismail di:
013-9897 720
hannanaufal@yahoo.com
Tudung kanak-kanak