Assaalamualaikum.
Semalam buat apam coklat moist. Hari ni buat lagi setelah dapat pujian encik suami.Alhamdulillah Allah yang bagi rasa sedap kan.
Alamak susu pekat manis iaitu antara bahan yang Zie selalu letak kalau buat kek coklat dah abis.Apa lagi, Zie cari resepi dalam fb apam yang tak guna susu pekat manis. Ha, jumpa pun.Zie amik dan seperti biasa kita olah ikut tekak citarasa kita sendiri.
Resepi Apam
Bahan A
1 cawan minyak
1 cawan Air
1 1/2 cawan gula
3 biji telur
3 sudu besar susu tepung
Bahan B
200gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
60gm serbuk coklat
Cara cara
1. Blender semua bahan A. Biar sebati.
2. Masukkan bahan A yang sudah diblender tadi ke dalam bekas.
3. Ayak bahan B dan masukkan ke dalam bekas tadi.
4. Kaup balikkan adunan.
5. Panaskan periuk kukusan. Bubuh adunan dalam bekas lompang. Kukus selama 10 minit atau sehingga masak.
Okay, jadi apam jadi juga ye tanpa guna susu pekat manis. Tapi jujurnye rasa apam guna resepi susu pekat manis lebih sedap. Rasa lebih lemak berkrim. Apam pun lebih lembut kalau guna resepi yang letak susu pekat manis.
Selamat mencuba.