Friday, June 2, 2017

Assalamualaikum.

Apa khabar pembaca blog suzysyahimi sekelian. Zie doakan moga puasa kita diterima Allah. Hari ni dah 7 Ramadhan. Sebelum ni Zie berbuka puasa rumah kedua ibu bapa Zie.

Ayah Zie  tak boleh tidur 2, 3 hari ni. Ayah sakit tangan sampai tak boleh tidur. Sebelum ni Ayah Zie ade mengalami kemalangan iaitu 4 tahun lalu. Kemalangan tu menyebabkan ayah patah tangan. Sekarang tangan yang sama rasa kebas, lenguh dan sakit mencucuk- cucuk.

Ayah Zie dah dua kali ke klinik. Doktor cakap ayah Zie tak ade penyakit apa apa. Kencing manis, darah tinggi semua takde. Adik Zie yang lelaki tu doktor kat USM. Adik Zie kata kemungkinan ayah mengidap penyakit saraf.

 Zie memang kesian tengok macam tu. Ayah hanya berbaring atas katil. Sesekali dia keluar dari bilik. Katanya mengantuk sangat tapi tak boleh tidur sebab sakit sangat. 

Kemudian, adik Zie yang doktor tu balik untuk beri bantuan pada ayah. Adik Zie cucuk ayah dengan sejenis ubat penahan sakit.

Ayah kata rasa senak sikit.Kemudian ayah pun berdiri dan mula nak buat kerja macam biasa. Memang gitulah perangai ayah Zie. Tak boleh duduk diam. 

Zie rasa lega bila ayah nampak cergas sikit. Malangnya keadaan macam ni sekejap. Malam tu ayah mengadu tangannya sakit balik. Zie terpikir takkan lah setiap kali sakit, ayah kena ambil ubat penahan sakit. Ubat penahan sakit yang adik zie kasi memang boleh sebabkan gasrik. Kesan jangka panjang boleh menyebabkan masalah buah pingang.

Kalau pembaca semua di tempat Zie macam mana? Sanggup lihat macam tu. Bagi Zie duit boleh dicari. Tapi ayah mana boleh ditukar ganti. Zie nak sangat ayah cergas macam dulu.
Ye, biarlah tak sekuat dulupun. Asalkan hilang rasa sakit tu. Sekarang, Zie tengok Vivix je sebagai pilihan terbaik. Hanya yang terbaik untuk orang kita sayang. Biarlah terpaksa korek tabung cap ayam. Rezeki kita akan melimpah ruah jika kita berbuat baik pada ibu bapa.

InsyaAllah Zie akan update perkembangan ayah setelah diberi Vivix. Moga Allah kurniakan kesembuhan pada ayah. Moga segala kesakitan yang ayah tanggung menjadi kifarah dan pahala.






Entry Terbaru Saya

Popular Posts

Kepakaran Saya

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee di Kelantan.
(Shaklee 1D : 1141937)

Cash on Delivery (COD) sekitar Kok Lanas, Ketereh dan Kadok.

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei menggunakan Poslaju, GDex atau Citylink.

Dengan setiap pembelian vitamin di suzysyahimi@blogspot.com, anda layak mendapat:

- Jadual Makan Vitamin
- Konsultasi Percuma Berterusan
- Jemputan ke group Facebook exclusive
- Peluang menjana income dengan Shaklee

Hubungi Suzy Erniza Ismail di:
013-9897 720
hannanaufal@yahoo.com
Tudung kanak-kanak